.

Selasa, 2 Oktober 2012

Khilaf pembacaan Al-Fatihah dalam solat

Ramai yang bertanya, jika Imam solat membaca secara jahar/kuat, perlukah makmum membaca surah al-Fatihah juga ketika itu, contohnya, ketika solat maghrib secara berjemaah, imam membaca surah/ayat selepas membaca al-Fatihah, adakah makmum perlu diam dan mendengar atau pun membaca ayat al-Fatihah juga.

Perkara ini adalah khilaf para ulama. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Dr Asyraf Bani Kinanah (Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk).

Katanya, perkara ini terdapat perselisihan oleh para ulama. Ada sebahagian yang kata, makmum perlu diam kerana jelas dalil umum daripada suruhan al-Quran, iaitu suruh mendengar jika diperdengarkan bacaan al-Quran. Manakala sebahagian lagi pendapat, suruh makmum baca juga surah al-Fatihah kerana Nabi SAW dengan lafaz hadis umum, bahawa setiap kali solat perlu membaca al-Fatihah. 

Lalu para ulama menilai kedua-dua hadis ini lalu berkata, pada solat jahar/bacaan kuat ketika imam membaca al-Quran atau surah lazim selepas membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu baca surah al-Fatihah, hanya mendengar sahaja apa yang imam baca. Tetapi jika pada solat secara sir/bacaan senyap, wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah pada setiap kali solat.

Jika solat jahar contohnya seperti solat isyak, imam hanya membaca kuat pada dua rakaat pertama sahaja, dua rakaat lagi bacaan senyap, maka wajib bagi makmum membaca al-Fatihah, demikian juga pada solat maghrib.

Sekiranya antara bacaan al-Fatihah dan surah selepasnya, imam diam sebentar, maka makmum boleh membaca al-Fatihah. Adakah perlu sampai habis baca al-Fatihah sementara imam meneruskan bacaan? yang paling rajeh adalah berhenti membaca walaupun ditengah-tengah surah al-Fatihah, yakni tidak perlu habiskan bacaan dan kemudian mendengar kembali bacaan imam. Itu jika imam berhenti, tetapi sekiranya imam terus membaca ayat lain selepas bacaan al-Quran seperti di Mekah, maka tidak perlu baca surah al-Fatihah lagi.

Hal ini kerana, imam membaca untuk makmum mendengar, jika sama-sama membaca, maka siapa yang ingin mendengar bacaan imam. Wallahu A'lam.

**copy dari seorang facebook sahabat : Solihin Suhaimi , dia pun copy sari seniornya... Semoga Bermanfaat BUat Kita Semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan