.

Ahad, 3 Februari 2013

Syarah Sifat Pakaian Nabi saw,Cara Nabi Menyimpan Rambut dan Cara Berjalan Nabi saw.



Syarah Sifat Pakaian Nabi saw,Cara Nabi Menyimpan Rambut dan Cara Berjalan Nabi saw.

Nabi saw suka qomis.Qomis ialah jubah yang lengan terbuka,labuhnya separuh betis.Nabi suka sebab ringkas.Nabi suka qomis ikut sunnah,rekaan itu yang ringkas.Pakaian yang nampak ringkas selain jubah yang kita pakai tidak labuh sangat ialah baju qurtal,menetapi sunnah sebab ia ringkas.

Rida' Nabi suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang,Nabi saw merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada Nabi.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak Rasulullah. Dia nak jumpa Nabi Muhammad.''Aku kakak Rasulullah.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd Nabi saw.Nabi menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, Syaima' ''.Nabi kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak? Nabi ada kakak ke?''
Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,''Rasulullah,aku Syaima' '' Nabi menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.Syaima' ialah kakak susuan Nabi saw,anak kepada Halimatus Sa'diah.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

Abu Juhaifah apabila melihat Nabi memakai pakaian berwarna merah,seolah-olah katanya melihat kegemerlapan kedua-dua betis Nabi saw.Putihnya Nabi saw adalah kemerah-merahan.Tengkuk Nabi pula keperak-perakan.

Semasa Nabi saw berdoa semasa Perang Badar,dikatakan sampai jatuh lengan baju dan rida' Nabi.Apabila lengan tangan juga jatuh,disebut dalam sebuah hadis kata sahabat,''Kami melihat ketiak Nabi putih.''Allah tidak ciptakan ketiak Nabi ada bulu.Abu Juhaifah melihat sempurnanya Nabi berpakaian begitu elok sampai tidak boleh lupa.

Rambut Nabi jummah (simpan sampai paras bahu).Ada 3 cara Nabi saw simpan rambut.Pertama ghufrah ,iaitu potong rambut betul dengan telinga.Kedua, lammah ,potong rambut paras tengkuk.Dan ketiga jummah yakni potong rambut paras bahu.
Nab saw simpan rambut paras bahu,yang mana apabila berjalan,rambutnya memukul-mukul (menyentuh bahu).

Nabi saw berjalan hebat.Tidak lambat tetapi cepat.Cepat sepertimana orang turun dari bukit.Langkahannya cepat.Kaki depan memijak kemas.Kaki belakang mengangkat macam angkat kaki yang tenggelam dalam tanah.Kemasnya Nabi itu turun dari bukit.Pijak depan kemas,tarik belakang kemas.Dalam masa itu,Nabi saw berjalan dengan tongkat.Bila berjalan Nabi berjalan berat belah kanan.Kemas.Kemaih keming.

Kata Qailah Makhramah:''Aku melihat Nabi saw memakai kain yg sudah lama ,yang tidak dijahit.Kedua-dua kain ini diwarna dengan warna za'faran(kekuningan).Warna pakaian itu sudah luntur.(HR Tirmidzi).

Kuning sangat dilarang,hukumnya makhruh.Kuning yg lusuh yg dipakai Nabi saw menunjukkan begitu tawaduknya Nabi saw dan merendah dirinya Nabi saw.

Jika kita pakai baju lama,dengan niat ikut Nabi saw,untuk menunjukkan kerendahan ,ketawadukan hati.Dapat pahala.Jika kita pakai baju baru,untuk memperlihatkan nikmat ALLAH,pun dapat pahala.Namun jika pakai baju baru,untuk menunjukkan ada 'class' atau takut jatuh standard,haram kerana Nabi saw pesan,''Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya ada sebesar zahrah takabur.''

Orang beriman adalah orang yg seronok berbuat baik.Wallahua'alam.

~Murobbina Sheikh Zainul Asri Haji Romli 
:: dicatit kembali oleh al faqirah pada 18Rabiulawal 1434H-30januari 2013

Sumber : Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan