.

Isnin, 29 Oktober 2012

~Mencari Permata Di Sebalik Batu-batu~


Kawallah rasa cinta yg tumbuh dalam diri;
simpanlah sedikit untuk diri sendiri;
mungkin cinta sekadar mainan darinya;
batu loncatan sebelum bertemu taman yang lebih indah.

Jiwa remaja bergelodak tidak dapat menilai batu atau permata;
walau permata disangka batu
meski dikhabar oleh ibu...

Bukan mahu menyekat rasa

sekadar peringatan takut terluka.

************************************************


Sungguh diri ini mahukan seperti yang digalakkan islam,
Apa yang telah disyariatkan Ilahi dan Rasul-Nya...

Sungguh...
diri ini tidak mengharapkan sesuatu yang sempurna,
andai kata ia sempurna buat diri ini,
itu hanyalah sekadar Hadiah Dari Ilahi buat kalian.

Sungguh diri ini tidak mencari tiga perkara, 
yang mahsyur dikalangan kita,
Keturunan, Kecantikan dan Harta.

Diri ini hanyalah mencari Satu Perkara Utama,
yang menjadi kepelikan buat kita pada masa kini,
Agama.
Itulah yang Lebih Mulia Di sisi Ilahi.

Diidamkan sebuah Masjid Yang Hadirnya 1001 Jemaah padanya.
Bukanlah sebuah Pasar Pagi Yang Hadirnya 1001 Pembeli padanya.

Adakah ini dinamakan 1001 Fitnah Wanita,
buat insan yang bergelar Lelaki?

Andai kata punya perintah dan arahan darimu,
akan ku turuti dengan taatnya,
kerana ia merupakan Kewajipan ,
buat insan yang dinamakan seorang "Anak".

Andai katamu menyekat kata,
InsyaAllah, akanku relakan tanpa 1001 alasan,
kerana bukan semua yang kita suka itu terbaik buat kita,
kadang-kadang yang kita tidak suka itulah sebenarnya permata buat kita.


Sebuah Perjuangan
Foto : Multimedia MHS Irbid, Jordan



Sabtu, 27 Oktober 2012

~Ya Rabb... HambaMu Datang Bertaubat...~


Jika Tuhanku bertanya pada Ku,
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-ku?"
"Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-ku..."
"dan datang pada-Ku dengan penuh dosa"

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapakah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa?,
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati?,
dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan?

Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemuiku...

Dan Telah datang padaku Sakaratul Maut yang ngeri...
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku???

Aku melihat pada wajah-wajah...
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengaibkan urusan agamaku?

Celakanya aku! 
Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari Ad-Deen (Qiyamah)?
Adakah aku tidak dengar panggilan ajal maut, menyeru Dan menjemput aku?

Maka Ya Rabb!
Seorang hamba datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas Pengampunan-Nya 
Dan Yang Membimbingku pada kebenaran.

Aku Telah Datang Pada-MU ,
maka kasihanilah daku dan beratkan timabangan (kebaikan) ku,
Dan ringankan (Percepatkan) hisabku,
kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.

******************************************************

**Translate Daripada Syair Arab**
Allahurabbi... Maksudnya Sangat Memberi Kesan Pada Hati Ini...
Moga Sahabat-sahabat pun beroleh 1001 Manfaat Daripadanya... :-)
Terima Kasih Kepada Sahabat Ana yang sudi Share Video nie Dengan ana... Mahabbah fillah Abadan Abada. :-)


Jumaat, 26 Oktober 2012

~Gema Takbir Di Malam Raya Eid Adha 2012~


Gema Takbir Raya Berkumandang,
Berlantaikan Carpet Purple Menenangkan JIwa,
Suara Mendayu-dayu kedengaran,
Sesekali Terdengar Esakan Tangisan.

Masing-masing menundukkan pandangan,
mengenangkan keluarga nun jauh dari Pandangan...
Inikah Erti Sebenar Pengorbanan?
Bekorbankah Mereka?
Bekorbankah Kami?

Agaknya, apakah yang bermain di fikiran mereka?
Sedar atau tidak,
Tanpa Diduga Akal,
Mutiara Yang Paling Bahagia mengalir keluar tanpa
disedari ,
tanpa diminta, 
tanpa diundang dan tanpa "carpet merah" ,
menjelma sebagai tetamu yang tidak diundang walaupun sesaat...

Agaknya Sedang Mengenangkan Keluarga Di Bumi Tumpahnya Darah,
Sudah Tentu Wajah Ibu Dan Ayah Jelas Kelihatan Di Minda,
Hingar Bingar Suasana Malam Itu Terus Menjadi Igauan...

Terus... Dan terus mengalir mutiara itu...
Di usap sedikit demi sedikit...
Namun, sungguh ia bagaikan tiada penamatnya...
Sambil menghayati Gema Takbir Raya itu...

Sesungguhnya Sabar Itu Indah... 
Alhamdulillah, 
Kali ini Allah memberi kesempatan dan keizinan untuk menimba 1001 
Pengalaman buat diri ini...

~.Mereka Mursyid Kami.~
<3

Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus


Soalan dari hadirin?
Apa yang payah sangat nak nikah, macam mana eh ustaz?
Jawapan ustaz :
1) Nikah sebenarnya adalah perkara yang mudah.
Sahabat bertemu dengan nabi, memberitahu hajat untuk meminat seorang perempuan. Lalu nabi kata, pergilah merisik perempuan itu.
2) Jumpa Ibu bapa
Jika berkenan dengan seseorang, terus berjumpa dengan ibu bapa tersebut dan nyatakan hajat untuk memperisterikan anak mereka. Jika mereka bersetuju, beritahu ibu bapa kita untuk hadir merisik keluar si perempuan.
3) Susah Cari Calon
Jangan susahkan diri untuk mencari calon. Cari wanita yang ada disekeliling kita. Beranikan diri untuk merisik wanita tersebut.
Melayukini.net - Pada zaman sekarang kita hanya pandai bercakap mengenai soal jodoh, tetapi jika diminta untuk merisik, takut seribu bayangan. Perkara itulah yang menyebabkan seseorang itu lambat berkahwin. Maka, jika kita suka pada seseorang, maka risiklah dia dengan niat kerana Allah SWT.

Rabu, 24 Oktober 2012

~ Sehelai Kertas Ku Terbangkan Buat Sang Pejuang! ~


Indahnya Hidup Bersyariat.... 
Ya Allah, Aku Butuhkan Suasana Soleh....
Ya Allah, Aku Inginkan Bi`ah Solehah Dalam Perjalanan Hari-Hariku Ini...
Dalam Meniti Arus Dan Lekuk Liku Kehidupan Ini....
Sesungguhnya Cabaran , Ujian Dan Dugaan Yang Sangat Besar Menanti Dihadpan...
Ya Allah , Selamatkanlah Akidah Umat Islam Yang Semakin Hari Semakin Meruncing Ini... Khususnya Di Bumi Jordan ini, 

BUmi Tarbiyahan ku Dan Bumi Malaysia, Bumi Kelahiranku...

Ayuh, hidup bersyariat....
Mampukah Kita Bekorban Demi Umat Islam Yang Semakin Hari Semakin Meruncing Dengan Masalah-Masalah Yang tidak Dapat 

Kita Ungkapkan Dan Secara Peribadinya, Kita Pun Malu Dan Tidak Sanggup Melihat Ia Terus Berlari Meninggalkan Kita! 

Ayuh Para Muhajihidin.
Ayuh Para Pejuang Agama Allah.
Ayuh Sahabat! 

Salam Perjuangan Buat Para Mujahidin
Dari Kiri :
Amirul Fataha , Ahmad Qaim , Anas Sulaiman (Palestin) , Penulis , Mohd Asyraf




Sabtu, 20 Oktober 2012

~Pesanan Buat Mereka Yang Bakal Bergelar Suami (Pesanan UAI)~


Untuk Para suami dan yang bakal bergelar suami..
Fahamilah, Sayangilah, Lindungilah, Bimbinglah, Peliharakanlah ISTERIMU,

1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg 

bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran.

2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak 

betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita.

3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama 

barulah kita lawan.

4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah.

5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.

6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang 

suami pada isterinya.

7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bg buah tangan kalau pergi mana-

mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak kalau makan kat kedai suami mkn tomyam,bungkus 

kat isteri roti canai je.

8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..byk susah payah yg dia lakukan utk 

kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.

9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bg la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih 

sayang kita padanya.

10. Jika sayang pada isteri jgn la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia byk rehat..bg cuti kat dia.

11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,lg byk benda baik yg dia lakukan utk kita b'banding 

keburukan..jgn sesekali hanya pandang pd kekurangannya.

12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jgn hukum selalu,isteri ada kebaikkan dan kelemahannya..normal la tu.

13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak,putih leput doh kentut busuk pulak..ada lebih dan ada 

kekurangan.

14. Tgk pada buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tp makan kat kedai 

semacam..eksyen je lebih.

15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai utk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala 

kekurangan isteri,mungkin itu kafarah utk dosa-dosa kita sebelum ini.

16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak m'bebel langsung atau b'tengkar dgn 

kita..tak seronok..kalau isteri suka m'bebel barulah seronok dlm rumahtangga ni.

17. Nabi kita kata jgn sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..malam-malam kita ajak tidur ngan kita pulak.

18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dgn dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!

19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala 

kekurangannya.

20. Bila kita nak bertengkar dgn isteri kita ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu..panggil sayang 

sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk!patutnya panggil sayang jugak la.

21. Saidina Umar b'kata biarlah isteri b'mulut jahat sikit,byk dah pengorbanannya..tukang masak utk kita,tukang 

basuh baju kita,jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.

22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal b'sama isteri,tp wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki 

nok keluor rumah pun payah.

23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bg susu,kalau kita yg tukang bg..keringla anak 

kita,nok tubik susu kot mane..

24. Suami jgn kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri!nak bukak air cond waktu tinggal isteri dlm 

kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sgt duit minyak kalu bukak air 

cond,kedekut nak mampus!

25. Walau dah bg nafkah makan minum utknya,bg la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sbulan..belikan hadiah 

yg mahal-mahal,nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!! Belilah barang 

kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita kan tu,bukan org lain pun!

26. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye?semua dah siap!

anak-anak pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia,siapa suruh mu kawin dgn dia!kalu mu maroh 

mu kawin dgn org laki la!

27. Bila kita ada isteri,kita t'hindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri t'hadap kita..elakkan 

kita dari b'zina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.

28. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jd isteri kita jugak kat Syurga,jd umur 17 tahun..comel pulak tu,telah 

di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.

29. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa 

bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.

30. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan 

jd semakin cantik.

by: UAI

Jumaat, 19 Oktober 2012

~Sekadar Renungan Dari Hati Yang Berjiwa Besar~


ketika kita mengeluh “hmm, kenapa la aku diuji, kenapa kenapa ?”
Allah menjawab: “apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang berdusta.” 
(surah al-Ankabut ayat 2-3)

“kenapa mesti ada ujian ?”
Alllah menjawab: “boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
(surah al-Baqarah ayat 216)

“beratnya dugaan ini, aku tak sanggup !”
Allah menjawab: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (surah al-Baqarah ayat 286)

“aduyai, serabutnya kepala otak aku! mcm mana aku nak hadapi kesusahan ni?”
Allah menjawab: “dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk.” (surah al-Baqarah ayat 45)

“hmm, sedihnya” :'(
Allah menjawab: “Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya , 
jika kamu orang orang yang beriman.” (surah Ali Imran ayat 139)

“sampai bila aku akan merana?”
Allah menjawab: “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(surah all-Insyirah ayat 5-6)

“apa yang aku dapat daripada semua ujian ni?”
Allah menjawab: “sesungguhnya mereka itu orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah adalah orang orang yang bertaubat, rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan gembirakanlah mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (surah at-Taubah ayat 111)

Alangkah beruntung bagi mereka yang diberi ujian, itu tanda Allah sayang, semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah, sabar dan syukur, itulah yang terbaik, sematkan dalam diri kita dgn kalimah, La tahzan “innAllaha ma'ana”

Ahad, 14 Oktober 2012

Hukum membatalkan puasa sunat


Hukum membatalkan puasa sunat
PENDAPAT PERTAMA: Mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat wajib meneruskan puasa sunat setelah mana memulaknnya.
DALIL MEREKA:
إذا دعي أحدكم فليجب، فإن كان صائماً فليصلّ، وإن كان مفطراً فليطعم
“Apabila salah seorang kamu dijemput untuk kenduri walimah hendaklah dia datang. Sekiranya dia puasa hendaklah dia berdoa dan sekiranya dia tidak berpuasa hendaklah dia makan.” Hadis sahih Muslim
Imam Qurtubi berkata:
ولو كان الفطر جائزاً لكان الأفضل الفطر، لإجابة الدّعوة الّتي هي السّنّة‏.‏
Kalaulah berbuka itu diharuskan bagi orang yang puasa sunat pastilah sebaiknya dia berbuka kerana menerima panggilan adalah sunnah Nabi saw.

PENDAPAT KEDUA: Mazhab Syafie dan Hambali berpendapat tidak wajib meneruskan puasa sunat.
DALIL MEREKA:
فجاء أبو الدرداء فصنع له طعاما ، فقال : كل ، فإني صائم . قال : ما آكل حتى تأكل ، فأكل
Abu darda datang membuat makanan kepada salman al-Farisi. Abu darda berkata “ Makanlah, sesungguhnya aku puasa.” Salman menjawab “ Aku tidak akan makan sehingga engkau makan.” Lalu Abu darda makan sekali.” Hadis sahih Bukhari
Dihujong hadis ini Nabi berkata “ Benarlah salman.”
Hadis Nabi saw:
الصائم المتطوع أمين نفسه إن شاء صام وإن شاء أفطر
“Orang yang puasa sunat pemegang amanah pada dirinya , sekiranya dia hendak dia boleh meneruskan puasa dan sekiranya dia hendak dia boleh berbuka.” Hr Tirmizi no 732
Bagaimana pun mereka berpendapat makruh berbuka puasa sunat kecuali sebab-sebab tertentu seperti hadis salman dan abu darda diatas maka disunatkan.
KESIMPULAN; pendapat kedua lebih kuat dari segi dalil dan hujjah.

Copy From Darulilmi


Sabtu, 13 Oktober 2012

~Dia Bukan Wanita Biasa~


Wanita itu
dialah pencetusnya
dialah segala-galanya
dialah yang membawa bahagia
dialah yang menyingkir derita

Wanita itu
tabahnya mengejutkan minda
jujurnya dalam meluah rasa
hatinya berbudi bahasa
jiwanya tenteram sentiasa

Wanita itu
sedihnya kita takkan rasa
gembiranya pasti dikongsi bersama
raut wajahnya menghilangkan duka
senyumnya penawar jiwa yang lara

Wanita itu
jatuhnya bangkit semula
kelukaannya pembakar semangatnya
sekali derita takkan mengubahnya
maju kedepan matlamatnya

Wanita itu
disenangi rakan-rakannya
biarpun jauh dari mata
namun persahabatan takkan hilang begitu sahaja
dia pasti gembira dan duka bersama-sama

Wanita itu
kau tidak akan kenali begitu sahaja
fahami dia sedalam-dalamnya
dia tidak akan menjauh dari kita
kemesraannya itulah kelebihannya

Wanita itu
sangat menghargai sesiapa sahaja
yang penting kejujuran kita
percaya pada dirinya
mengenalinya takkan sia-sia

Wanita itu
gigihnya segigih satria
kuatnya sekuat perwira
baiknya sebaik-baik Puteri Diana
perwatakannya semulia dirinya

Wanita itu
kalau ada salah dan silapnya
mudahkanlah diri memaafkannya
kerana bila salahnya dia
kata maaf mudah darinya

Wanita itu
kasih sayang selalu wujud dari dirinya
ianya untuk semua
sekali sayang akan diteruskannya
begitulah keterampilannya

Wanita itu
akan selalu dihati
akan diingat si pemuisi
akan selalu dirindui
sehingga di akhir nanti

*****************************************************************

Puisi ini khas aku dnedikasikan buat Bondaku yang tercinta lagi dirindui ,
YM Tunku Zarita Binti YM Tunku Mohd Mokhtar.
Terima Kasih Mak, Sungguh Besar Pengorbananmu Buat Insan Ini...

Buat Ayahndaku, Mahayudin Bin Ahmad Bin Idris yang sentiasa aku rindui setiap "Bicara Mantopnya", Terima Kasih Ayah. 

Terima Kasih Mak Dan AYah, Kerana Kalian hari ini aku di sini!
Terima Kasih Mak Dan Ayah, Kerana Kalian hari ini aku punya masa depan.

Semoga Allah Merahmati Kalian. Sungguh! Aku tidak akan melupakan jasa kalian buat diri ini. Aku mohon 1001 kemaafan kerana tidak dapat menjadi anak yang soleh, anak yang terbaik buat kalian, menggembirakan hati kalian dengan sebaiknya... 
Sesungguhnya Aku Merindui TArbiyah dari Kalian.

YM Putera Muhammad Mu`izz Bin Mahayudin.

Musafir Ilmu (Putera Mu`izz)

Jumaat, 12 Oktober 2012

~Sedetik Mengenai Waktu~


orang bijaksana berkata:

' Mensia-siakan waktu dalam kehidupan itu lebih merugikan daripada kematian dan juga lebih merugikan daripada kehidupan yang dijalaninya itu sendiri. Kerana sesungguhnya apabila anda mensia-siakan waktu bererti anda sudah memutuskan hubungan anda dengan Allah, kehidupan akherat dan juga memperoleh kerugian dalam dunia anda sendiri. Sedangkan kematian, ia hanyalah pemutus hubungan antara manusia yang meninggal dengan segala sesuatu yang ditinggalkannya di dunia fana ini.'

sebahgian yang lain pula mengatakan...

' Mensia-siakan waktu sama ertinya dengan mengundang kemurkaan Robb pada dirinya sendiri kerana waktu pada hakikatnya adalah anugerah yang harus disyukuri.'

seorang ulama berkata,

' Sesungguhnya manusia hidup diiringi dengan perjalanan waktu dan kehidupan pada dasarnya adalah waktu itu sendiri kerana segala perbuatan manusia (baik ataupun buruk)selalu memakai perhitungan waktu untuk melakukannya. Kerana barangsiapa yang menghabiskan waktunya untuk melakukan perbuatan kebaikan maka nescaya dia termasuk ke dalam golongan manusia yang beruntung dan bahagia. Akan tetapi barangsiapa yang mensia-siakan waktunya, maka nescaya dia akan masuk ke dalam golongan orang-orang yang merugikan selamanya.'

Imam Ibnu Qayyim dalam Madarij Salikin mengatakan bahwa Abu Ali ada berkata:

' Waktu adalah sesuatu yang manusia hidup di dalamnya. Apabila kamu berada di dunia, waktumu adalah dunia. Apabila kamu berada di akherat, waktumu adalah akherat. Apabila kamu berada di dalam kebahagiaan, waktumu adalah kebahagiaan dan apabila kamu berada dalam kesedihan, waktumu adalah kesedihan. Ertinya, sesungguhnya waktu adalah sesuatu yang dijalani seseorang.'
Dapat difahami dari kata-kata tersebut, seseorang sewajarnya hanya melakukan apa yang menjadi tuntutannya di masa sekarang. Dia tidak memperdulikan masa lalunya atau masa mendatang. Kerna, sesungguhnya sekiranya dia disibukkan dengan masa lalu dan akan datang, bererti dia telah mensia-siakan waktu sekarang. Maka dengan itu, sesungguhnya waktu yang dimilikinya telah sia-sia.

Imam Syafie dalam sebuah kisah berkata:

'Suatu hari aku bersama orang-orang sufi. Dalam bersama mereka ada 2 perkara penting yang boleh diambil pelajaran:-

1) Waktu layaknya seperti pedang. Apabila kamu tidak pandai memakainya maka ia akan menebasmu.

2) Sibukkanlah jiwamu dengan kebaikan kerana apabila kamu tidak menyibukkannya dengan kebaikan maka nescaya jiwamu akan disibukkan dengan keburukan.

Kerna itu saudara-saudariku,
Marilah kita memanfa3atkan sepenuh detik masa dalam hidup kita ini pada perkara yang bermanfa3at buat kita, di sini dan di sana. Dan janganlah pernah sekali pun kita lupa tujuan sebenar kita dihadapkan ke waktu dunia ini... iaitu untuk meng3abdikan diri semata2 kepada-NYA. Tuhan yang Menciptakan kita dan yang Maha Menguruskan hal ehwal kehidupan kita.

Musafir Ilmu (Putera Mu`izz)


Selasa, 9 Oktober 2012

Fadhilat Qiyamullail



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
                (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

MUKADDIMAH

   Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.
   Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
   Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

PENGERTIAN
   Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
SEJARAH QIAMULLAIL

   Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)
   Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W.        (Lihat surah al-Muzammil 20)

SEBAB NUZUL AYAT

   Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi  di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.

HIKMAH QIYAMULLAIL

Meningkatkan keimanan individu
Meninggikan darjat disisi Allah
Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
Melatih diri menjadi insan bertakwa
Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
Melatih diri mengharap keredhaan Allah
Memberi ketenangan jiwa (emosi)
Memberi kesihatan (fizikal)
Menajamkan akal fikiran
Meneguhkan kekuatan rohani
Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah
KELEBIHAN QIAMULLAIL

Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
Tenang hati dan fikirannya
Dimurahkan rezeki
Dihormati masyarakat
Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

   Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
   Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
            “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
                 H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail
“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.
Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai
Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail
“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.
Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
Solat witir
Berzikir, bertasbih dan bertahmid
Membaca al-Quran
Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

PENUTUP

  Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
  Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah  dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?...........
   Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati  dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.
   Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan  yang diwariskan kepada generasi akan datang      
Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar  nilainya ini ?
  Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi 

RUJUKAN

Al-Quran terjemahan Ar-Rahman
Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd.
Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise
Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man
Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan orang-orang soleh. Jabatan agama Johor.
Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail .
Jabatan Agama Johor . Himpunan    solat –solat sunat .

Penulis Asal : Ustazah Faridatul Akma.

Disusun Semula : Musafir Ilmu, Putera Mu`izz



Persoalan : Tidor Ketiika Syeikh Mengajar Di Hadapan dan Bacaan QUnut Ketika Solat Subuh.


salam alaik. erm. nak minta pendapat Ilmiah menurut pandangan ulama` daripada ustaz dan ustazah dari Usrah Syariah , mengenai :

1. tidor ketika syeikh mengajar di hadapan.2. Solat subuh tanpa qunut
** (Mungkin boleh beri pendpt dari 4 mazhab dan Jumhur `ulama?)**

1) xda adab, kita perlu menghormati guru yg mengajar, sedangkan dalam surah mujadalah allah dah pesan jika kita nak keluar dari majlis ilmu sekalipun perlu minta izin, bagi menghormati guru dan menjaga adab, apatah lagi tido~

2) qunut dalam solat subuh tidak disyariatkan, kecuali ketika dalam kita kena musibah. rasulullah melakukan qunut ketika baginda berada dalam kesulitan, dan baginda qunut dalam setiap waktu....Ulama hanafi, hanbali, ibnu mubarak tsauri berpendapat tidak ada pengkhususan qunut dlm solat subuh bedasarkan hadis dr Abu Malik Al-asyjai : ayahku pernah solat menjadi makmum rasulullah, ketika itu ia berumur 16 tahun, beliau juga menjadi makmum abu bakar umar dan uthman. aku bertanya apakah mereka semua membaca qunut? tidak anakku" (hr ahmad, nasai, ibnu majah dan tarmizi)

ulama syafie: qunut adalah sunnah bedasarkan hadis, riwayat jamaah kecuali tirmidzi: dr ibnu sirrin bahawa anas bin malik pernah ditanya, adakah nabi membaca qunut ketika solat subuh? anas menjawab ia..Hadis yg lain juga dr anas menyatakan nabi tidak meninggalkan qunut sehingga baginda wafat (hr Ahmad, daruquthni, baihaqi, hakim)

Jumhur: tidak disyariatkan qunut, kerana: dalam hadis pertama hujjah mazhab syafie, ialah hadis yg nabi berqunut ketika dalam kesusahan, ini diterangkan dalam kitab shahih bukhari dan muslim. dan dalam hadis kedua pulak ada perawi yg lemah iaitu Abu ja'fat Ar-razi. dan jumhur berpendapat hadis ini tidak blh diterima kerana jika nabi tidak pernah meninggalkan qunut dalam subuh sehingga baginda wafat, mengapa abu bakar, umar, dan uthman tidak melakukamnnya..

dalam hadis yg lain: Rasulullah melakukan doa qunut selama sebulan berturut-turut dalam kesemua lima waktu solat pada rakaat terakhir, baginda berdoa untuk menghancurkan musuh2 islam (hr abu daud dan ahma)

Tetapi sheikh Sayyid Sabiq dalam kitab fiqh sunnah menerangkan qunut ni hanyalah masalah khilafiyyah, masalh kecil yg tidak memerlukan kepada perdebatan yg panjang, setiap hujjah mempunyai dalil, dan sebaik baik petunjuk ialah Rasulullah~

Wallahualam~
**respon dari akh Zubair Arif.

Isnin, 8 Oktober 2012

Lebih Dekat Kepada Allah


Jika Allah bermaksud membuka mata hati seorang hamba, maka Dia akan membuatnya sibuk melayani-Nya dalam berbagai urusan lahiriah dan mencintai-Nya dalam berbagai urusan batiniah. Mengimani Allah berarti mencintai-Nya. Kenikmatan iman dimaksudkan untuk mendidik hati dan mengetahui alam gaib. Buah yang diharapkan dari iman adalah jiwa dermawan, hati yang tenang, dan pekerti yang baik kepada makhluk.

Dan salah satu "kebiasaan" Allah adalah menyesuaikan jalan keluar sebanding dengan kesulitan: seberat kefakiran, sebesar itu pula kekayaan; seukuran kehinaan, seukuran itu pula keagungan; seukuran kesulitan, seukuran itu pula kemudahan. Islam menganjurkan manusia untuk kembali kepada Allah dalam segala hal, bergantung kepada-Nya dalam setiap keadaan, lebur dalam Allah dari segala hal, beroleh petunjuk Allah dalam segala hal, dan berilmu luas.

Sungguh, ketika Allah ingin menyampaikan sang hamba kepada-Nya, Dia "menghadapi" hamba-Nya pertama kali dengan cahaya manisnya amalan lahiriah, yakni maqam Islam. Sesudah ia beroleh petunjuk untuk beramal, bersungguh-sungguh di dalamnya, dan merasakan rasa manisnya, Dia menghadapinya dengan cahaya manisnya amalan batiniah, yakni maqam iman, yang meliputi ikhlas, jujur, tenang, betah dengan Allah, dan sebagainya-ringkasnya, sang hamba "lebih dekat kepada Allah."

Dan nikmat agama paling besar yang sangat perlu disyukuri adalah nikmat Islam, iman, dan makrifat. Mensyukurinya adalah meyakini bahwa nikmat itu adalah anugerah dari Allah tanpa perantara, tanpa daya, dan tanpa kekuatan. Allah berfirman: Tetapi Allah membuatmu cinta pada keimanan dan menjadikan iman indah dalam hatimu serta menjadikanmu benci kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan (QS 49:7). Kemudian Dia berfirman: Sebagai karunia dan nikmat Allah (QS 49:9).


Selasa, 2 Oktober 2012

Khilaf pembacaan Al-Fatihah dalam solat

Ramai yang bertanya, jika Imam solat membaca secara jahar/kuat, perlukah makmum membaca surah al-Fatihah juga ketika itu, contohnya, ketika solat maghrib secara berjemaah, imam membaca surah/ayat selepas membaca al-Fatihah, adakah makmum perlu diam dan mendengar atau pun membaca ayat al-Fatihah juga.

Perkara ini adalah khilaf para ulama. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Dr Asyraf Bani Kinanah (Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk).

Katanya, perkara ini terdapat perselisihan oleh para ulama. Ada sebahagian yang kata, makmum perlu diam kerana jelas dalil umum daripada suruhan al-Quran, iaitu suruh mendengar jika diperdengarkan bacaan al-Quran. Manakala sebahagian lagi pendapat, suruh makmum baca juga surah al-Fatihah kerana Nabi SAW dengan lafaz hadis umum, bahawa setiap kali solat perlu membaca al-Fatihah. 

Lalu para ulama menilai kedua-dua hadis ini lalu berkata, pada solat jahar/bacaan kuat ketika imam membaca al-Quran atau surah lazim selepas membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu baca surah al-Fatihah, hanya mendengar sahaja apa yang imam baca. Tetapi jika pada solat secara sir/bacaan senyap, wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah pada setiap kali solat.

Jika solat jahar contohnya seperti solat isyak, imam hanya membaca kuat pada dua rakaat pertama sahaja, dua rakaat lagi bacaan senyap, maka wajib bagi makmum membaca al-Fatihah, demikian juga pada solat maghrib.

Sekiranya antara bacaan al-Fatihah dan surah selepasnya, imam diam sebentar, maka makmum boleh membaca al-Fatihah. Adakah perlu sampai habis baca al-Fatihah sementara imam meneruskan bacaan? yang paling rajeh adalah berhenti membaca walaupun ditengah-tengah surah al-Fatihah, yakni tidak perlu habiskan bacaan dan kemudian mendengar kembali bacaan imam. Itu jika imam berhenti, tetapi sekiranya imam terus membaca ayat lain selepas bacaan al-Quran seperti di Mekah, maka tidak perlu baca surah al-Fatihah lagi.

Hal ini kerana, imam membaca untuk makmum mendengar, jika sama-sama membaca, maka siapa yang ingin mendengar bacaan imam. Wallahu A'lam.

**copy dari seorang facebook sahabat : Solihin Suhaimi , dia pun copy sari seniornya... Semoga Bermanfaat BUat Kita Semua!

Isnin, 1 Oktober 2012

Sabarlah Duhai Hati. Sabar Itu Indah~



Hari ini sejuk,tenang.

Hati masih kucar.
Masih dibelenggu rasa sayu.
Terima kasih ya Allah kerana nikmat Islam,
aku masih teguh, waras.

Zahirku ceria, batinku hiba.
Sedih mengenangkan generasi kini keras kepala.
Salah siapa???


Kadang-kala aku futur.
Cepat aku sedar kerana Allah dan Rasul tidak suka.
Tapi aku buntu, apakah jalan tarbiah terbaik untuk maslahah umat akhir zaman??


Akhirnya,aku menyalahi kelalaian diriku.
Sebagai muslim, aku tidak kuat bertahan dan mempertahankan.
Aku kalah dengan lalai !!!
Betapa hinanya aku...


Tiba-tiba aku sangat merindui Rasullullah.
Semangatnya tidak pudar membangunkan umat.
Jiwa utuh walau dikecam para zalimin.
Senyum tak lekang walau disakiti.
Ingin aku jadi sepertimu.


Ya Allah, terasa jauh diri ini dari-Mu.
Mesti noda dan dosa sebabnya.
Aku sakit kerana rasa jauh dari rahmat-Mu.

Ya Allah,dekatlah padaku!

Kurniakan Aku Kenikmatan Beribadah...

Musafir Ilmu -Putera Mu`izz-