.

Sabtu, 13 Oktober 2012

~Dia Bukan Wanita Biasa~


Wanita itu
dialah pencetusnya
dialah segala-galanya
dialah yang membawa bahagia
dialah yang menyingkir derita

Wanita itu
tabahnya mengejutkan minda
jujurnya dalam meluah rasa
hatinya berbudi bahasa
jiwanya tenteram sentiasa

Wanita itu
sedihnya kita takkan rasa
gembiranya pasti dikongsi bersama
raut wajahnya menghilangkan duka
senyumnya penawar jiwa yang lara

Wanita itu
jatuhnya bangkit semula
kelukaannya pembakar semangatnya
sekali derita takkan mengubahnya
maju kedepan matlamatnya

Wanita itu
disenangi rakan-rakannya
biarpun jauh dari mata
namun persahabatan takkan hilang begitu sahaja
dia pasti gembira dan duka bersama-sama

Wanita itu
kau tidak akan kenali begitu sahaja
fahami dia sedalam-dalamnya
dia tidak akan menjauh dari kita
kemesraannya itulah kelebihannya

Wanita itu
sangat menghargai sesiapa sahaja
yang penting kejujuran kita
percaya pada dirinya
mengenalinya takkan sia-sia

Wanita itu
gigihnya segigih satria
kuatnya sekuat perwira
baiknya sebaik-baik Puteri Diana
perwatakannya semulia dirinya

Wanita itu
kalau ada salah dan silapnya
mudahkanlah diri memaafkannya
kerana bila salahnya dia
kata maaf mudah darinya

Wanita itu
kasih sayang selalu wujud dari dirinya
ianya untuk semua
sekali sayang akan diteruskannya
begitulah keterampilannya

Wanita itu
akan selalu dihati
akan diingat si pemuisi
akan selalu dirindui
sehingga di akhir nanti

*****************************************************************

Puisi ini khas aku dnedikasikan buat Bondaku yang tercinta lagi dirindui ,
YM Tunku Zarita Binti YM Tunku Mohd Mokhtar.
Terima Kasih Mak, Sungguh Besar Pengorbananmu Buat Insan Ini...

Buat Ayahndaku, Mahayudin Bin Ahmad Bin Idris yang sentiasa aku rindui setiap "Bicara Mantopnya", Terima Kasih Ayah. 

Terima Kasih Mak Dan AYah, Kerana Kalian hari ini aku di sini!
Terima Kasih Mak Dan Ayah, Kerana Kalian hari ini aku punya masa depan.

Semoga Allah Merahmati Kalian. Sungguh! Aku tidak akan melupakan jasa kalian buat diri ini. Aku mohon 1001 kemaafan kerana tidak dapat menjadi anak yang soleh, anak yang terbaik buat kalian, menggembirakan hati kalian dengan sebaiknya... 
Sesungguhnya Aku Merindui TArbiyah dari Kalian.

YM Putera Muhammad Mu`izz Bin Mahayudin.

Musafir Ilmu (Putera Mu`izz)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan