.

Ahad, 14 Oktober 2012

Hukum membatalkan puasa sunat


Hukum membatalkan puasa sunat
PENDAPAT PERTAMA: Mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat wajib meneruskan puasa sunat setelah mana memulaknnya.
DALIL MEREKA:
إذا دعي أحدكم فليجب، فإن كان صائماً فليصلّ، وإن كان مفطراً فليطعم
“Apabila salah seorang kamu dijemput untuk kenduri walimah hendaklah dia datang. Sekiranya dia puasa hendaklah dia berdoa dan sekiranya dia tidak berpuasa hendaklah dia makan.” Hadis sahih Muslim
Imam Qurtubi berkata:
ولو كان الفطر جائزاً لكان الأفضل الفطر، لإجابة الدّعوة الّتي هي السّنّة‏.‏
Kalaulah berbuka itu diharuskan bagi orang yang puasa sunat pastilah sebaiknya dia berbuka kerana menerima panggilan adalah sunnah Nabi saw.

PENDAPAT KEDUA: Mazhab Syafie dan Hambali berpendapat tidak wajib meneruskan puasa sunat.
DALIL MEREKA:
فجاء أبو الدرداء فصنع له طعاما ، فقال : كل ، فإني صائم . قال : ما آكل حتى تأكل ، فأكل
Abu darda datang membuat makanan kepada salman al-Farisi. Abu darda berkata “ Makanlah, sesungguhnya aku puasa.” Salman menjawab “ Aku tidak akan makan sehingga engkau makan.” Lalu Abu darda makan sekali.” Hadis sahih Bukhari
Dihujong hadis ini Nabi berkata “ Benarlah salman.”
Hadis Nabi saw:
الصائم المتطوع أمين نفسه إن شاء صام وإن شاء أفطر
“Orang yang puasa sunat pemegang amanah pada dirinya , sekiranya dia hendak dia boleh meneruskan puasa dan sekiranya dia hendak dia boleh berbuka.” Hr Tirmizi no 732
Bagaimana pun mereka berpendapat makruh berbuka puasa sunat kecuali sebab-sebab tertentu seperti hadis salman dan abu darda diatas maka disunatkan.
KESIMPULAN; pendapat kedua lebih kuat dari segi dalil dan hujjah.

Copy From Darulilmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan