.

Sabtu, 12 Januari 2013

~Istana Kuning By TUNZA~



Berdosakah aku?
meninggalkanmu yang memberi sejuta rasa
membiarkanmu yang mencurah pelbagai cerita?

dari usia 3 tahun di situlah aku kehilangan insan pertama ku sayang
membawaku di atas gerek tua menyusur jalan tanah merah
singgah di teratak teratak yang menyahutnya 
minum kopi panas dlm piring
mahupun teh wangi dicicah roti 4 segi
terkadang becak air mengecat baju
selepas hujan turun

penuh istana itu 
penghormatan terakhir untuk tok ayah dibawa pergi

segala kepayahan ditangani
istana kuning gah berdiri
siapa lalu siapa menoleh
gamit diperhati ingin menghadir diri

meski 1974 kami duduki
sejarah 1940-an kukuh menemani
dengan keringat dan kudrat
istana kuning ini untuk kami.

Rohnya bersama kami.

ii)
rinduku masih bertapak
lukaku masih berdarah
hatiku parah

tika istana kuning itu mencatat nostalgia
darah dagingnya mencatat duka
nyawa di utama
bukan ia dipelihara!

Ampun
ampunkan aku tok ayah dan ninda
gagal menjaga warisan pusaka
kuno hanya fikirkan keselamatan
sehingga ia ku tinggalkan

Sekiranya masa dapat ku putar
restu suami ku pohon jangan pergi
mari sama2 kita sabar diuji
lama2 pencuri terus pergi

iii)
Istana kuning
hanya kita yang mengerti
mengapa ini yang terjadi

sumpahku telah membakar

harus ku padam
atau biar menjadi abu?

TUNZA

12jan2013
652am



Tiada ulasan:

Catat Ulasan