.

Selasa, 8 Januari 2013

~ FIQH SALJI SANTAI ~



FIQH SALJI SANTAI

Asalnya adalah tidak ada salji.

الأصل بقاء كان على ما كان. الأصل في العارضة العدم

Maka untuk mensabitkan turunnya salji, perlulah menepati syarat dan buktinya. 

Justeru, kepada sesiapa yang mendakwa salji akan turun perlu menyediakan bukti. : البينة على المدعى واليمين على من أنكر

Secara saintifiknya, salji hanya akan 'turun' dengan dua syarat :
1. Tahap kelembapan udara (humidity) atas paras 90%,
2. Suhu permukaan bumi berada di bawah 5 darjah.

Kalau salah satu syaratnya tidak ada, maka terbatallah hukum turun salji. Kaedah fiqh menyebut : 


اذا فقد الشرط بطل الحكم
اذا فقد الشرط فقد المشروط

Maka, adapun sesiapa yang mendakwa salji akan turun dengan sangkaannya semata mata, maka Allah menegur orang yang suka membuat telahan dalam surah al-kahfi ayat ke 22. رجما بالغيب
Kaedah fiqh : لا حجة مع احتمال الناشئ عن الدليل

Dan adapun sesiapa yang iktikad sesuatu tanpa ilmu, maka Allah juga menegur dalam ayat 36 : al-isra' : ولا تقف ما ليس لك به علم

Adapun bagi sesiapa yang berpandangan bahawa salji pernah turun tanpa syarat tersebut, maka hal itu adalah sangat jarang (nadir) kaedah fiqh menyebut : النادر كالعدم

Manakala sesiapa yang mempercepatkan turunnya sesuatu sebelum tiba masanya, maka haramlah sesuatu tersebut ke atasnya.. :-) 
Kaedah : من استعجل الشيئ قبل أوانه عقب بحرمانه

Maka adapun salji, apabila turun ke bumi, ia tidak akan kembali semula ke langit dengan bentuk salji.
Kaedah fiqh menyebut : الساقط لا يعود كما أن المعدوم لا يعود


Sumber : Facebook Ustazah Hanim Harun 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan