.

Khamis, 28 Mac 2013

~Saat Menunggu Lafa Sakinah~


Menjejak usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan. Soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”. Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya.
Pasti. Peluh besar.
Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial. Khususnya facebook. Lagi bertambah-tambah ujiannya apabila tidak ketinggalan apabila ada antara yang menjadi pemerhati di situ mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah, walaupun tidak berkemampuan lagi.
Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan. Bukanlah menjadi kesalahan sebenarnya. Kerana itu mungkin hak privasi mereka yang suka untuk berkongsi dengan masyarakat umum.
Nasihat buatku juga untukmu..
Bersabarlah dalam menunggu waktu bahagia kita. Kerana sampai saatnya kita juga akan menempuhinya. Cuma bila dan di mana, sampai saatnya ini tetap menjadi rahsia Dia Yang Maha Agung kerana Dia ingin kita ‘membina’ diri kita selengkapnya sebelum menjejaki ‘alam’ yang indah itu.
Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih. Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa. Dia ingin kita menghabiskan waktu-waktu malam kita yang sunyi dengan hanya merintih dan berkasih padaNya yang satu tanpa gangguan dari sesiapa.
Ingatkah kita tentang ayat ini :
 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar. [64:15]
Dikhuatiri. Sekiranya kita belum lagi siap membina diri kita, kita tidak mampu membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman. Bagaimana mahu menjadi imam, jika solat pun kita sering lengahkan? Bagaimana mahu menjadi tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia, andai pengurusan jadual kehidupan dan diri sendiri pun masih tunggang terbalik?
Tidak cukup lagi. Ada lagi masalah emosi yang perlu dibaiki. Kehidupan berumahtangga itu menemukan antara dua jiwa. Mekah dan Madinah. Bagaimana kita mahu bertindak menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah andai emosi diri dan pemikiran kita juga masih berada dalam tahap yang tidak bisa di kawal?
Ketap bibir.
Nak lagi? Bagaimana pula tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain. Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.
Ada lagi? Ya. Masalah umat. Sebarkanlah dakwah. Infakkanlah diri kita dalam jalan dakwah. Dengan kita mengajak orang lain amar makruf nahi munkar, harap-harapnya akan menjadi satu saham yang dinilai oleh Allah di sana nanti.
Allah berfirman : Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Di harapnya dengan pertolongan kita di jalan Allah, Allah juga akan menolong kita dalam urusan jodoh kita. Percayalah, apabila kita berusaha bersungguh dalam medan dakwah ini. Kita jatuh cinta. Cinta pada si dia akan hadir kemudiannya.
Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu saat lafaz sakinah.
Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama si dia yang halal.
Hadiah. Untukmu.

Sumber : akuislam.com

Rabu, 27 Mac 2013

~Kasih Dan Cintaku : 5 Perkara~



1) Cinta pada Allah
2) Cinta pada Rasulullah
3) Cinta pada ibu bapa
4) Cinta pada umat
5) Cinta pada kecemerlangan

Muqaddimah yang baik. Hehehe. Cinta lima perkara? Ya,dipetik dari sebuah lagu nasyid. Wah,wah,wah. Asyik mendengar lagu sampai terleka.

Hari ini, terasa ingin menulis. Nak ceritanya, sekarang banyak post-post tentang CINTA. Facebook, twitter dan sebagainya. Sekarang bila umur meningkat dewasa, rasa segan untuk post pasal tu.

Ayat yang famous dalam kalangan muslimah selalunya, " MENANTI BAKAL IMAMKU". Dari dulu sampai sekarang. Tapi, tak mengapa. Moga sebarang penulisan dakwah islamik termasuk lingkungan topik cinta sentiasa tersebar sampai ke pembacaan masyarakat.

Tambahan informasi di sini, sewaktu bersekolah di sekolah menengah dulu, saya tak faham kenapa ustaz-ustazah selalu halang kami (pelajar) bercinta. Tapi, kami bercinta jugak.(hahaha) Sekarang baru faham, betul kata ustazah, bila masing-masing dah berpindah universiti belajar di lain-lain tempat, percintaan kita mungkin takkan lama bertahan. Lost contact dan sebagainya.

# Ada je yang masih bercinta sampai sekarang. Moga sampai ke jinjang pelamin.

Dah ramai yang dapat status 'bekas' pada usia muda. Waktu mula-mula masuk universiti, jumpa ramai sahabat yang bagus-bagus, warak, alim. Bila ditanya pasal kisah hidup mereka, mereka kata mereka tak pernah bercinta. Kagum sampai hati ni terkesan melihat peribadi soleh mereka.


Kata sahabat saya,

" Usah menghukum diri, cukup sekadar mengambil pengajaran dari peristiwa lepas. Lagipun, untung dapat pengalaman yang jarang orang lain dapat. Sewaktu awak bercinta, awak pernah keluar dating?"

" Tak pernah, couple islamik katakan.". Saya tergelak.

" Berpegangan tangan? "

" Apa awak ni,soalan tu. Hish! tak."

" Berbual dalam telefon? "

" Erk,..mmm...per..nah..". Malu-malu untuk jawab.

" Bagi saya, cinta tu fitrah. Mungkin terlalu terpesona dengan peribadinya terus buat awak rasa ingin memilikinya. Macam awak pergi kedai Handset, berkenan dengan satu Handset. Mata awak, hati awak takkan tenangkan selagi tak membelinya. "

" Ada ke awak samakan ex saya dengan handset. Isk..isk.."

" Analogi. Sensitif betul dia ni...".

" Gurau aje.". Kami tersenyum.

#Jadi Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak! Perjalanan kita Masih Jauh#

Amik ni buat Motivasi : http://ridhauddin.com/?p=77

Irbid , Jordan.

Selasa, 26 Mac 2013

~Amanah VS Fitnah?~



Pangkat. Usia. Amanah. Tanggungjawab. Umur. Tua. Muda. Dewasa. Kanak-kanak. Remaja. Perempuan. Lelaki.

"Jangan sampai Amanah menjadi Fitnah."
- sahabat berpesan-

Kupu-kupu cinta
terbang tinggi-tinggi
mencari sekuntum bunga
demi menyendiri.

Kupu-kupu cinta
terbang tinggi-tinggi
mencari erti "Redha"
dari Sang Ilahi.

Kupu-kupu cinta
terbang tinggi-tinggi
intai-intai bunga
yang harum mewangi.

Putera Mu`izz
18:37 18-3-2013
Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Bumi Syam Mewangi.

#Musim Bunga; Kumbang Mengembang.

Isnin, 18 Mac 2013

~Senyuman~


*SENYUMAN*

Mampu Mengubati segala duka dan lara.
Mampu Mengubati segala luka dan sengsara.
Mampu Mengubati segala kesedihan dan tangisan.
Mampu Mengubati segala Dendam dan Kianat.

Mampu Mengubah segala Keperitan.
Mampu Mengubah segala Kekusutan.
Mampu Mengubah segala kesulitan.
Mampu Mengubah segala keadaan.

Mampu Merawat segala kesakitan.
Mampu Merawat segala Kelukaan.
Mampu Merawat segala Kekurangan.

#Mampu Mencairkan Hati Seseorang.#

Hebatkan VAKSIN SENYUMAN?

"Sedekahlah satu senyuman, walaupun hati kamu tidak lagi bertahan."
<3 ^_^ <3

#Khas Buat Calon Syair Jahili Yarmouk University | جامعة اليرموكYang Baru Dapat Keputusan Peperiksaan Awal Semester 2#

Tahniah Kepada Scorer. Jum Tajdid Niat Kenapa Kita Belajar Syeer Jahili Ini!!!
Chaiyok2!!!

Musafir Ilmu (Putera Muizz)
2200 18-3-2013
Bumi Syam Mewangi Seindah Sakura.

Sabtu, 16 Mac 2013

~Warkah Buat Mahasiswa~



Kalam Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk tatapan Mahasiswa dan Mahasiswi: 

Isu-isu yang memeningkan kita dalam sebulan dua ini, mudah-mudahannya menjadi pengajaran bagi para pelajar Malaysia yang masih menuntut di Mesir, Jordan, Madinah, Turki dan lain-lain, juga Fakulti Pengajian Islam di dalam negara tentang dahsyatnya cabaran beragama yang wujud di negara kita. 

Mereka mesti belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu, terutamanya yang membabitkan metod (Ulum al-Quran, Ulum al-Hadith, Usul al-Fiqh, Aqidah, Maqasid Syariah, dll). Juga mempunyai upaya berfikir yang tajam untuk membaca 'gangguan-gangguan' yang sangat halus tetapi berbahaya.

Jika salah satu hikmah Islam diturunkan kepada kaum Arab ialah mereka itu pada masa tersebut bersih daripada kecelaruan pemikiran dan falsafah Rom serta Parsi, kita hari ini perlu melihat medan dakwah di Malaysia menggabungkan seluruh elemen Rom dan Parsi di dalam satu mangkuk.

Mohon jangan main-main semasa belajar. Mohon didik diri dengan jiwa pejuang. Mohon jangan berjiwang-jiwang dan disibukkan dengan topik cinta, novel-novel enta enti. Mohon tidak mudah teruja dengan apa-apa selain 'wal Aakhiratu Khairun wa Abqa"

#Sentap Sebentar. #
##Kempen Jom Berubah##

Khamis, 14 Mac 2013

~Apakah Engkau Mengerti?~


Dalam meniti arus kehidupan hari ini yang amat meruncingkan di mana kebathilan di sanjung manakala kebenaran di putar belikkan sehingga umat Islam dipermainkan maka kita sebagai seorang muslim perlu menyedari peranan kita dalam fenomena ini kerana kita bukan diciptakan hanya dengan sia-sia..dan bukanlah hidupnya kita hanya untuk mengejar kecemerlangan di dunia tetapi kecemerlangan di akhirat yang patut kita kejari. Oleh yang demikian sbg seorang muslim, kita tak dapat lari untuk melengkapkan dirinya dengan keperibadiaan Islam kerana kebenaran memerlukan kekuatan.Hanya dengan kekuatanlah yang dapat menghapuskan ranjau di perjalanan. Sesungguhnya dunia Islam masa kini ketandusan peribadi muslim yang berani menegakkan kebenaran dan kesucian Islam itu sendiri.Kalau bukan generasi kini siapa lagi?? Kalau bukan sekarang bila lagi ?? Kalau bukan di sini di mana lagi??

Sebagai seorang muslim kita kena izzah dengan kehidupan yang telah sarankan oleh Khalik Yang Maha Penyayang. Sekalipun Umat Islam kini dihina dan ditindas, kita kena yakin bahawa hanya sanya Allah Yang Maha Berkuasa…Tanpa keizinanNya tiada apa yang boleh menggugatkan kebenaran yang di bawa oleh Islam…Justeru jauhi keraguan kerana ia hanya akan melemahkan kita untuk menjadi muslim yang kamil walaupun manusia itu pasti ada kelemahan tapi yakinilah bahawa Allah bersama-sama dengan orang beriman dan Allah mengangkat darjat mereka ini .

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu bersedih hati ,kerana sesungguhnya kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya)jika kamu orang-orang yang beriman”
(Ali Imran : 139)

Kehormatan adalah harta yang sangat mahal, kerana ianya hanya dimiliki oleh mereka yang hidup secara terhormat.Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya adalah manusia yang terhormat kerana ia hanya meletakkan hidupanya dan hanya menuruti kehendak Dzat yang Maha Terhormat iaitu Allah swt.Sebaliknya manusia yang memperhambakan dirinya kepada hawa nafsu ,maka dia akan terhina dan dihinakan. Kekadang manusia tidak menyedari bahawa kehinaan yang mereka alami datangnya dari diri mereka sendiri. Manusia sering terlupa ancaman dalaman yang paling hampir iaitu nafsu yang sentiasa ingin merajai tubuh.

Hanya sanya orang yang mengerti nilai kehormatan diri dan tahu menghormati adalah mereka yang terhormat.Manusia yang nuraninya telah dikuasai nafsu dan pemikirannya telah terformat oleh nilai-nilai kesesatan,tidak akan boleh menghormati dan menyanjungi mereka yang sepatutnya di hormati.Malah realitinya banyak manusia terkutuk yang disanjung tinggi sebaliknya golongan ulamak dianggap extreme dan dilabelkan hanya kerna kita tertipu dengan propaganda musuh sendiri.Malah perlakuan maksiat yang berlaku dianggap biasa tetapi agenda yang membina kekuatan hati dianggap asing sekali.Begitu pelik sekali dunia ini….

Namun demikian , manusia sebenarnya memiliki fitrah yang tidak boleh diselindungkan.Inilah yang disebut sebagai hati nurani.Allah yang menciptakan hati…dan hati itu sendiri yang berhajatkan kepada kebaikan.Lihat saja pada episode kehidupan yang lalu…di mana peranan hati menentukan segala-galanya…Abu Jahal dan Abu Lahab pernah menjadi manusia terhormat pada masa kejayaannya.Namun kekufuran dan permusuhannya pada Rasulullah hanya menuai laknat.Sebaliknya, Bilal pernah dihina dan disiksa,manakala fitrah hati telah membuka hati Umar alKhattab untuk memeluk Islam , namun nama mereka akan terus disebut-sebut hingga hari kiamat. Lain pula ceritanya dengan golongan dictator yang zalim yang cemerlang hidupnya dengan memusuhi golongan yang membawa kebenaran, namun kecemerlangaan mereka bersifat sementara dan yang abadi adalah kutukan dari manusia sendiri. Demikianla, nama baik tidak akan pernah hilang dan kehidupan yang baik pasti dimiliki oleh mereka yang beriman dan beramal saleh.

Hati yang beriman adalah hati yang sentiasa mencintai Allah hinggakan yang lain tidak menjadi perhatian. Cinta padaNya akan melahirkan kedamaian dan ketenteraman

“Ingatlah Hanya sanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”
(Ar-Ra’d : 28)

Cinta padanya juga melahirkan kerelaan dan kepasrahan untuk menanggung risiko.dan kerna cinta juga akan lahir kesanggupan untuk berkorban.dengan cinta semua cubaan terasa ringan.Oleh itu orang yang mencintai Allah selalu berusaha untuk dekat kepadaNya dengan memperbanyakkan ibadah dan sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan sekalipun ketentuan yang perlu ditempuhi amat pedih sekali….Apakah kita mengerti bahawa hanya kepada Allah sahaja tempat kita bergantung dan tempat penyelesaian…??Ramai yang menyedari hakikat ini tapi kurang pengamatannya. Moga kehadiran di perantauan ini memberi lembaran baru untuk kita sama2 merasai muraqabatullAllah.

Jadi kita tak perlu gentar kerna kita ada Allah….Hanya Dialah yang memahami kesulitan dan apa yang terdetik dihati.Rasulullah juga turut menggagumi dan memuji sikap orang mukmin,kerana semua sikap yang lahir darinya adalah yang terpuji,baik ketika mendapat musibah mahupun ketika di awanan kebahagian.

“ Sungguh menabjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusan lahir darinya adalah baik-baik belaka dan itu tidak terjadi kecuali pada orang mukmin.Jika dia ditimpa musibah, maka dia bersabar.Kesabaran membuatkan dirinya baik, sedangkan jika ia menerima kebahagian, maka dia bersyukur. Kesyukuran membuatkan dirinya baik.Itu semua hanya terjadi pada orang mukmin.”
(HR Muslim)

Malah dari kesabaran tu lah akan lahirnya kemanisan hidup....dunia ni penjara bagi org mukmin wa jannatul kafir...

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, pulanglah dan renungilah peringatan Allah dalam surah at-taghabun( hari dipamerkan segala kesilapan). al-taghaabun.....hari
segala amal perbutan kita dipamerkan, walaupun sebesar zarrah. dalam surah Al-Qalam, Allah menceritakan pula kepada kita bagaimana keadaan
golongan kanan dan golongan kiri di akhirat. bergetarlah setiap jiwa yang
beriman....

Buat saudara dan saudari seperjuangan, hidup ini hanyalah perjalanan yang terlalu sebentar.. walau apa yang kita kejar, kita tetap kembali pada Ilah yang sama...oleh itu sebetulnya matlamat semua kita sama, yakni mardhatillah. mungkin ada di antara kita yang bakal pergi di awal usia...siapa tahu….. Bersedialah menghadapi akhiratmu dengan hati yang sangat takutkan azabNya.

Sedarlah wahai diri….kita terlalu semantara di sini. sebagaimana yang sedia maklum dunia ini sementara akhirat jua yg kekal selamanya. Perhatikanlah hak-hak Allah, kerana kalian adalah milikNya.Kejarlah dunia untuk mendapatkan akhiratmu. Dunia ibarat ladang akhirat jua tempat kita merasai hasilnya.Jangan lupa Allah sentiasa di sisi. Ingatlah diri, Allah matlamat kita, tempat kembalinya kita, kepadaNya jualah kita mengharap.

Mungkin dengan keizinanNya jua,pengembaraan dalam menuntut ilmu di bumi anbiyak ini menjadi wasilah untuk kita mengenali Islam dengan lebih syumul dan menggali 1001 ilmu di ardhu syam ini…Sama-samalah memperbaharui syahadah dan sentiasa muhasabah diri kerna ini antara kunci untuk mengislah diri. Setiapa hamba Allah seharusnya berlumba-lumba untuk meraih maiyatullah,kerana pada kebersamaan Allah itulah adalah pintu utama untuk meraih nikmat di dunia dan di akhirat. Tanpa rahmat dariNYa siapalah kita untuk melangkah kaki yang penuh dengan noda ini ke pintu syurga. Moga di mana bumi dipijak moga di situ kalimah tauhid akan tertegak… maaf andai kalam ana merumitkn kalian...Wallahu’alam

~Cerita Hati Seorang Ayah~



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

~Hati Seorang Pejuang~



Muhammad Pernah ditanya suatu ketika dahulu.

"Enta ni akhi, ana tengok boleh kata 24 jam dekat meja study. kadang-kadang kitab itu terbiar dihampar isinya tapi minda beterbangan diluar tingkap sana. Enta ada masalah ka akhi?"

"Ya Habibi sahabatku. . . Hari ini Allah pilih ana berada di Bumi Syam ini. Allah beri kesempatan buat ana. kalau enta tahu macam mana sejarah ana boleh sampai ke sini ana yakin enta tidak akan tanya seperti ini."

"Ya Allah. . . Akhi, ana minta maaf. Ana cuma kasihan melihat diri enta. semakin hari semakin jelas tulang rusukmu itu akhi. . . matamu itu akhi dah cengkung dan merah kemerahan sudah. . . ana tak nak sahabat ana menimpa musibah atau penyakit. berpada-padalah akhi. kasihan diri enta sama. dia perlukan rehat jugak."

"Akhi yang ana kasihi, Ana adalah harapan Mak Ayah ana. orang-orang kampung. sahabat-sahabat ana. dan lebih khusus lagi UMAT ISLAM di Malaysia sana. Semua meletakkan 1001 harapan yang tinggi untuk ana dan Mahasiswa timur tengah macam kita ni akhi. Ana takut dan ana takmau pulangnya ana dari Bumi Syam ini dengan bekalan kosong. Umat Islam di negara kita sangat perlukan kita. masalah mereka makin meruncing akhi. Apa ana nak jawab bila Allah soal di akhirat kelak mengenai usaha ana untuk selesaikan masalah umat. Ana takut ana tidak mampu menjawabnya akhi. malah ana lebih malu kerna yang bertanya itu ialah Pencipta Isi Seluruh Alam ini. Biarlah segala apa yang ana lakukan ini, membawa manfaat untuk Umat Islam khususnya."

Perbualan itu terhenti begitu sahaja. . . Muhammad terus membiarkan mindanya beterbangan bersama bintang-bintang di angkasa itu. lirikan manja matanya terus tepat pada bulan Purnama itu menerusi tingkap biliknya itu. . .

#Dimanakah aku dan dimanakah Muhammad? Semalam susuk tubuhnya jelas kelihatan tapi hari ini bayangnya sahaja yang tinggal. Apakah esok hari hanya tinggal namanya bersamaku?#

Putera Mu`izz
14-3-2013 01:42
Bumi Syam Menangis 

Selasa, 12 Mac 2013

~Kebergantungan Kita~



Jika Tempat Kebergantungan Utama kita pada ALLAH. . . sudah pasti kita tahu apa yang perlu dan tidak perlu. . . 

Cukuplah dengan MenCintai Allah dan Rasul-Nya serta ibu bapa kita. . . tapi jangan lupa Benihkan rasa kasih dan sayang kita pada Ilmu dan Pengalaman. . .

Perjalanan kita masih jauh sahabat. . . 

UMAT ISLAM SANGAT MEMERLUKAN KITA!!! 

Tak kan kita nak duk lena sahaja??? Cukuplah! Cukuplah sampai di situ. Mulai saat ini. . . 

TAJDIDkan kembali Niat Asal kita. . . 

Ayuh teman. Ayuh Sahabat-sahabatku. . . 

Sabtu, 9 Mac 2013

~Di manakah Medan Kita?~


"Medan berkata-kata tidak sama dengan medan beramal;
Medan beramal pula tidak sama dengan medan beramal + ikhlas;
Medan beramal + ikhlas pula tidak sama dengan medan beramal + ikhlas + istiqamah(berterusan)"

Fathi Yakan:

"Sebahagian orang menyangka mereka telah banyak/hebat melaksanakan kerja-kerja dakwah, sedangkan mereka itu tidak lain hanya bermain-main di pinggiran dakwah."
(Bahtera Penyelamat)

Muhammad Ahmad al-Rasyid:

Para perawi telah meriwayatkan kepada kita dari seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang telah dijamin masuk syurga, iaitu Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi r.a. Beliau telah berkata: “Cukup jadi keaiban pada seseorang bila dia duduk diam di rumahnya.”

Tiada seorang pun ulama’ yang terkemuka yang redha dengan sikap demikian. Contohnya Imam al-Ghazali, beliau berkata:

“Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya telah melakukan kemungkaran. Bagaimana mereka boleh duduk saja-saja tanpa membimbing manusia, tidak mengajar mereka dan tidak membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar manusia masih jahil tentang syariat hinggakan syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung pedalaman. Di antara mereka ada orang Arab Badwi, Kurdis dan Turki serta berbagai golongan etnik lagi.

(Al-Muntalaq: Bab: Ahli Ibadat Yang Bermain-main)

~Diari Kehidupan~



Sometimes Benda-benda macam ini mampu memotivasikan diri kita. 
Apakah ada perubahan dulu dan sekarang? Perubahan yang lebih baik atau kepada yang lebih ...... ? :-)

http://www.youtube.com/watch?v=zAO1evW_B5E

So, Pada pendapat saya "DIARI KEHIDUPAN" sama ada berbentuk Blog, Gambar-gambar , Video-video atau kembali kepada zaman orang-orang terdahulu yang hanya menggunakan BUKU DIARI adalah satu usaha yang BAIK dan MAMPU MEMOTIVASIKAN serta MEMUHASABAHKAN DIRI KITA suatu hari kelak...

Pernah saya terbaca ketika saya mengadakan blogwalking (SAYA Pem"BlogWalking" TEGAR) , katanya Diari itu sangat penting baginya... dan jika semua orang tahu betapa pentingnya DIARI untuk hari-hari Seterusnya, pasti tidak ada seorang pun yang akan melepaskan peluang untuk MENULIS DIARI atau dengan bahasa lebih sopan atau yang tidak seberapa "POYO" ; MERAKAM PERJALANAN HIDUP SEHARIAN KITA. 

Di Situ juga Beliau ada menyelitkan 3 Prinsip Utamanya ketika Beliau menulis Diari, iaitu :-

- Jangan pernah memasukkan perkara yang memalukan saya jika orang lain membacanya

- Tulislah dengan jelas

- Gunakan kata – kata kunci untuk untuk menjimatkan ruang

saya minta maaf , sebab tidak ingat url adress untuk ke blog tersebut. tapi, inilah yang sempat saya kaut dari blog beliau. Semoga Allah Merahmati Beliau.

Diari harian dapat meningkatkan kesedaran kita tentang sesuatu. Oleh kerana itu, diari amatlah berguna untuk membangkitkan kesedaran kita terhadap sesuatu perkara yang selama ini telah kita lupakan.

#KempenMenulisDiari. -erkkk... pandai cakap ja. saya bukanlah penulis diari atau perakam Aktiviti harian saya.:-)