.

Sabtu, 16 Mac 2013

~Warkah Buat Mahasiswa~



Kalam Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk tatapan Mahasiswa dan Mahasiswi: 

Isu-isu yang memeningkan kita dalam sebulan dua ini, mudah-mudahannya menjadi pengajaran bagi para pelajar Malaysia yang masih menuntut di Mesir, Jordan, Madinah, Turki dan lain-lain, juga Fakulti Pengajian Islam di dalam negara tentang dahsyatnya cabaran beragama yang wujud di negara kita. 

Mereka mesti belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu, terutamanya yang membabitkan metod (Ulum al-Quran, Ulum al-Hadith, Usul al-Fiqh, Aqidah, Maqasid Syariah, dll). Juga mempunyai upaya berfikir yang tajam untuk membaca 'gangguan-gangguan' yang sangat halus tetapi berbahaya.

Jika salah satu hikmah Islam diturunkan kepada kaum Arab ialah mereka itu pada masa tersebut bersih daripada kecelaruan pemikiran dan falsafah Rom serta Parsi, kita hari ini perlu melihat medan dakwah di Malaysia menggabungkan seluruh elemen Rom dan Parsi di dalam satu mangkuk.

Mohon jangan main-main semasa belajar. Mohon didik diri dengan jiwa pejuang. Mohon jangan berjiwang-jiwang dan disibukkan dengan topik cinta, novel-novel enta enti. Mohon tidak mudah teruja dengan apa-apa selain 'wal Aakhiratu Khairun wa Abqa"

#Sentap Sebentar. #
##Kempen Jom Berubah##

Tiada ulasan:

Catat Ulasan