.

Selasa, 11 Disember 2012

~Dia Isteri Khalifah Uthman~


“Ku damba CINTA bak cinta”NAILAH AL-FARAFISHAH”

(Ya Allah,pupuklah jiwa ku menjadi seperti Nailah Al-Farafishah iaitu isteri Khalifah Uthman Bin Affan.Aamiin.)

~Bacalah dengan hati Kisah Ini...

Perkahwinan antara Nailah dan Saidina Uthman Bin Affan ialah ketika nailah berusia18 tahun manakala saidina Uthman ketika berusia 81 tahun.Selepas menikah,Saidina Uthman bertanya kepada Nailah.

“Pasti kau tidak suka melihat ketuaan ku ini?”

Nailah senyum dan menunduk sambil menjawab.

“Saya termasuk wanita yang suka memiliki suami yang lebih tua.”

Saidina Uthman pun Tanya lagi.

“Adakah aku telah jauh melampaui ketuaanku?”

Pastu Nailah pun menjawab lagi.

“Tapi masa mudamu telah engkau habiskan bersama Rasulullah SAW dan itu jauh lebih aku sukai daripada segala-galanya.”

Subhanallah..Terpaku memikir jawaban cinta dari isteri seperti Nailah Al-farafishah.

**************************************************

Masa berlalu Nailah hidup bahagia di sisi suami tercinta dan mempunyai dua cahaya mata bersama Khalifah Uthman Bin Affan.Hingga Satu saat berlaku pengepungan dari pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Khalifah Uthman dan pengepungan di rumah Khalifah Uthman berlaku selama 50 hari.Masa ni,Nailahlah yang tidak berrenggang malah sentiasa di sisi Khalifah Uthman dan mempertahankan beliau.

Pada masa Muhammad Bin Abu bakar(pemberontak) melepaskan tali pagar rumah Khalifah Uthman dan panjat melalui tali tersebut,Nailah menjenguk dari tingkap sampai terurai rambutnya yang ikal.Masa tu Khalifah Uthman pun tegur Nailah..

“Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya daripada nyawaku.”

Akhirnya pemberontak dapat masuk ke rumah Khalifah Uthman.Dua orang masuk dan menghayun pedang kepada Khalifah.Nailah yang masa tu bersama suaminya pun menahan tetakan pedang dari pemberontak dengan tangannya sehingga putus jari-jarinya.Masa tu datang lagi Muhammad Bin Abu bakar menghayun pedang dan sekali lagi nailah menahan tetakan dan putus lagi jari-jarinya.Muhammad Bin Abu Bakar memukul dan membelasah Khalifah Uthman.Janggut Khalifah di cabut,kepala di pukul dan Khalifah Uthman di tikam.Masa Muhammad Bin Abu Bakar nak penggal kepala Khalifah,badan Nailah sendiri menahan bersama puterinya dan mereka di tolak.Di pijak-pijak oleh Muhammad Bin Abu Bakar.

Selepas kejadian tu,tiada siapa berani menguruskan jenazah Khalifah atas sebab keadaan huru-hara masa tu.Jenazah Khalifah Uthman di kebumikan pada waktu malam.Selepas kejadian pembunuhan Khalifah Uthman inilah terjadi perselisihan antara muawiyah bin abi sufyan dengan Saidina Ali R.A yang mana telah mengorbankan ratusan ribu umat islam.

Masa tu Nailah hantar surat pada muawiyah untuk mendamaikan kedua belah pihak tetapi surat tersebut telah di salah gunakan oleh muawiyah untuk mencari pengaruh menentang Saidina Ali R.A.

Tak lama selepas tu,Muawiyah meminang Nailah untuk di jadikan Isteri tapi nailah menolak dan dia patahkan gigi-ginya yang cantik sehingga di tanya.

“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigi kamu yang cantik itu?”

Nailah pun menjawab.

“Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar seperti pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku,sebagaimana yang di ketahui Uthman.”


Selepas pemergian suami tercinta,Nailah banyak menulis puisi dan sajak untuk Uthman.Dia menolak perkahwinan selepas perginya Khalifah Uthman dan telah sanggup berkorban apa sahaja untuk suami tercinta.

“NAILAH…KAULAH SURI TELADAN…”



copy from Facebook.

2 ulasan:

  1. Tuan tersalah tulis nama pemberontak. Sepatutnya Abdullah Bin Saba', seorang munafik.

    BalasPadam