.

Ahad, 16 Disember 2012

~Sepatu By TUNZA~

sepatumu yang pernah tercicir
sebelahnya masih ku simpan

tadi tika ketemu
mahu ku sarung ke kakimu
darah yang mengalir -- lukanya dalam
ditembus kerikil

esok esok
temuiku di sini 
agar jalanmu tidak lagi tempang

sebelah sepatumu ada bersamaku.

TUNZA
(15hb dis 2012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan