.

Khamis, 1 November 2012

~Satu Rintihan Pengembaraan Sebagai Musafir Ilmu~


Di sini Bermulanya kisah suatu permusafiranku,
sebuah Pengembaraan Demi menuntut ilmu.

Bagiku, ini bukanlah langkah permulaanku,
kerana langkahku telah lama bermula tanpa disedari walaupun seorang insan.

Bagiku, ia tidak mungkin dan semestinya tidak ada,
penghujung dan akhirnya langkahku ini.

Biarpun hari ini aku merangkak,
esok aku mula berdiri,
setapak demi setapak aku gagahkan kaki ini untuk berjalan,
kemanakah arah tuju aku pun aku tidak tahu.

Hari ini,
aku telah berjalan,
tidak perlu terkedek-kedek seperti dulu lagi,
masa yang berlalu aku rasakan begitu singkat,
bagaikan aku tidak pernah merasai nikmat merangkak,
dan hari ini, 
aku mula berjalan laju,
tanpa menoleh apa yang di belakangku.

Hari ini,
sedar atau tidak,
aku bukan hanya sekadar berjalan laju,
ya... hari ini aku telah berlari,
namun, kemanakah arah tuju ku?
dimanakah penghujungnya jalan ini?

Arghhh...
Hari ini baru aku sedar,
rupa-rupanya tiada istilah "JALAN MATI" dalam perjuanganku ini.

Hari ini baru aku sedar,
rupa-rupanya tiada istilah "JALAN PINTAS" dalam perjuanganku ini.

Hari ini baru aku sedar,
rupa-rupanya bahawa hari tidak selalu cerah.
hujan dan ribut yang menyapa diri ini tanpa mengenal waktu dan tika.

Hari ini baru aku sedar,
rupa-rupanya setiap langkahku ini penuh dengan 1001 erti pengorbanan.

Apabila berbicara mengenai tentang aku Dengan Tuhan,
Al-Quran Dan Sunnah sebagai Pegangan Abadi aku.
Risalah Dakwah buat Umat Islam di tanah airku,
Itulah Kehidupan Yang Sering Aku Dambakan Buat Diri Ini.

Ya Allah, Kau Berkatilah Musafirnya Aku DI Sini...

2 ulasan:

  1. sabar wahai sahabat,
    kejayaan itu perlukan pengorbanan. :)

    BalasPadam
  2. insyaalah.tuhan berikan setimpal dan lbih dr usaha kita..dia y maha kaya

    BalasPadam