.

Ahad, 18 November 2012

~Aku Dan Sebiji Epal Muda~



Epal muda itu , 
hijau muda warnanya,
kusangkakan ia manis,
ya! aku sangkakan manis, semanis tebu...

Namun, 
Apabila dijamahnya aku, terasa kemasamannya itu...
huh? apakah ini? 
aku mengeluh sejenak dalam hatiku.

Apakah benar yang aku rasakan ini?
atau ia hanya sekadar khayalanku?

Epal muda itu,
aku lihat indah berserinya ia,
warna hijaunya melambangkan keceriaan,
kilat kulitnya melambangkan kemanisan.

Namun, 
Apabila dihirisnya aku untuk aku hidangkan buat tamu yang bertandang,
kulihat, suatu makhluk bergerak-gerak di atas epalku,
huh! apakah benar yang aku saksikan ini?
atau ia hanyalah mimpi ngeri bagiku?

Oh!!! tidak...
Aku tertipu lagi,
tertipunya aku kali pertama itu,
kerana warnanya,
kemudian,
aku tertipu lagi buat kedua kalinya,
tapi, kali ini aku tertipu kerana kilat kulitnya.

Aduh... 
Apakah ini dinamakan "Sudah Terhantuk, Ditimpa Tangga Pula?",
Ya. mungkin benar dan mungkin tidak...

Lantas satu suara berbisik di telingaku,
yang hadirnya tanpa aku hamparkan karpet merah,
tanpa aku dahulukan Kad Istimewa seperti Raja Sehari itu,
tanpa aku izinkan dengan 1001 kalam.

YA!!!
suara itu...
suara itu mengenangkan aku suatu ketika dahulu, 
pesanan orang tua aku supaya aku berhati-hati,
ketika aku ingin membuat keputusan atau memilih suatu jalan.

Hari ini, 
aku sudah tertipu,
bukan dengan MANUSIA,
tetapi dengan sebiji Epal Muda,
Yang Warnanya Ceria, Kulitnya Berkilat Memantulkan Cahaya,
Yang pasti memikat hati siapa yang melihatnya.

Siapakah yang aku harus salahkan?
Mungkinkah Penjual Buah Itu?
Tidak!!! Dia tidak bersalah...
Barangkali , dia pun seperti aku,
Tertipu melalui kulit dan warnanya.

Maka, 
Benarlah, puncanya dari aku...
yang hanya menilai dari segi luaran,
tanpa aku melihat apa yang ada di dalamnya,
tanpa aku siasat bagaimana rasanya,
Itulah manusia zaman sekarang,
yang hanya pandai menilai dari segi luaran,
tanpa ada satu pun soal siasat.

Epal Itu Tidak Semesti Manis Rasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan