.

Ahad, 10 Februari 2013

~Akalnya 3 Dirham~




Zaman dulu2...di satu negeri di sebelah Timur Tengah ada seorang raja yg adil-disayangi oleh sekelian isi istana & juga rakyat jelata.Baginda dah tua. Puteranya memang ada sifat pemimpin, tapi sangat terpaut pada harta & wanita. Baginda tidak mahu kerajaannya jatuh kerana 2 perkara yg hujungnya 'ta' itu. Kalau baginda mangkat, bagaimana keadaan rakyat & negeri?

Baginda pun menjodohkanlah putera itu dgn anak gadis PM-gadis solehah yg terdidik sejak kecik lagi. Si putera ikut saja. Baginya tak ada beza ada isteri @ tidak.Hamba2 sahaya tawanan perang rasa2nya dah cukup jadi penghibur hatinya. Baginya anak menteri tu tentu membosankan. Kononnya, gadis pingitan tu tak tahu apa2..ini tak selari dgn seleranya.

Perkahwinan berlangsung juga tapi perangai si putera tak juga berubah. Dia lebih mengutamakan hamba2 sahayanya. Ada 2 org yg jadi 'favouritenya'. tak letih2 raja & besannya berdoa. Si isteri lagilah hebat doanya.

Doa mereka bukan doa org malas...mereka iringi dgn usaha yg sungguh2. Menasihati dgn lisan tak dapat mengubah si putera. Satu malam raja dan PM bermimpi serentak berjumpa seorang tua yg mencadangkan supaya si putera pergi belayar membawa misi perdagangan. Raja & PM pun berbuatlah seperti yg disebut dlm mimpi. Si putera pun bersiap2lah bersama kelasi2 yg dipilih oleh raja & PM.

Sebelum berlayar si putera bertemu dgn 2org hamba sahaya kegemarannya bertanyakan apakah yg mereka inginkan. Dgn wajah berseri2, hati yg seronok...mereka minta dibawakan emas permata. mereka tahu di tempat lain hamba2 tak dilayan baik seperti mereka. Terlupa yg diri tu hanya hamba sahaya...maklumlah dah jadi kesayangan putera raja. Wajah pula cantik berseri. Rasa hati dialah permaisuri. Berjanji manislah si putera utk membawa balik emas & permata idaman hati mereka-kata2 manis yg keluar dr seorg putera raja yg perasaannya jadi hamba kpd hamba2 sahayanya. Inilah kelemahan yg sangat2 dirisaukan oleh raja.

"wahai anakku, dah tanya ke kalau2 isterimu nak minta dibelikan apa2?"raja mengingatkan si putera. Si putera hanya tersenyum. Nak jawab apa? Di betul2 lupa. Cepat2 dia ke bilik isterinya & bertanya.

"Dinda nak pesan 1 benda je. Dgn 3dirham ni, tolong belikan 'akal' utk dinda." Akal? Amenda tu? Hai, entah hape2lah yg dikirimnya. Gerutu hati siputera. 3dirham je...bendanya tentu murah. Barang murah bukan susah sangat nak cari. Napelah ayahanda pilih perempuan macam ni jadi isterinya? Sure PM tu bodek ayahandanya sampai sanggup menjadikan perempuan pelik macam tu jadi menantu.Takde kelayakan langsung nak jadi permaisuri...
"tu je yg dinda perlukan.."
"Hmm..yalah.."pendek jawab siputera.Boring.

Belayarlah si putera dgn iringan doa seluruh isi istana. Segala nasihat &panduan dah biberikan oleh raja &mentuanya. Termasuklah si isteri yg turut mengiringinya dgn doa yg tak pernah putus.

Memiliki hati si putera bukanlah matlamat si isteri. Yg penting baginya ialah kasih sayang&redha Allah.Bila diminta kawin dgn si putera, dia juga berazam utk menjadikan perkahwinan itu sebagai laluannya utk beramal ibadah. Walaupun hati kecilnya sebagai perempuan tersentuh dgn sikap suami yg endah tak endah...dia tetap sabar. Kalau suaminya tak tunai tanggungjawab sebagai suami, tunggu ajelah tindakan Allah.Tak tunai tanggungjawab bererti kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah bererti neraka. Kalau suaminya masuk neraka kerana dimurkai Allah...buat apa dia ikut jejaknya.Tapi, sebagai wanita solehah..hati isteri taklah sekejam tu.Dia tetap sayangkan si suami kerana itu perintah Allah.Kecintaannya pd allah mendorongnya utk menyayangi siapa saja yg Allah perintahkan utk disayangi. Bukan ramai sangat makhluk yg perlu disayangi sebagai suami.So si isteri ambil keputusan utk buktikan rasa kasih kpd suami dgn doakan supaya si suami selamat dr kebinasaan dunia&akhirat. Sebagai pembuktian cintanya kpd Allah...
Dgn izin Allah, bussiness si putera dapat untung berlipat ganda. Emas permata utk hambanya dah pun dibeli. tak sabar2 lagi nak pulang. tetiba mereka diserang ribut. Layar diturunkan.Seluruh isi kapal berdoa kpd Allah. Ada seorang yg ditua2kan & bayak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "ada apa2 lagikah amanah & pesanan yg belum ditunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..." APAKAH SEBENARNYA YG TELAH TERJADI? NANTIKANLAH CERITA YG SETERUSNYA OK... "


"Apa yg telah terjadi dengan putera dan misi perdagangannya? jom ikuti sambungan citer ni.skit sedutan dr episod satu ari tu...ada sorang yg ditua2kan dan banyak bagi nasihat sepanjang pelayaran itu bersuara, "Ada apa2 lagikah amanah dan pesanan yg belum kita tunaikan? Entah2 ribut ni satu peringatan dr Allah..."




Tiba2 si putera teringat kpd duit 3dirham kiriman isterinya.Ah! Dia belum beli akal utk isterinya! "kiriman isteri saya belum tertunai!" dia mengaku. "Kalau macam tu, kita singgah kat pulau berdekatan utk beli ole2 isteri tuanku tu."

Si putera ditemani oleh pengiringnya turun ke pulau utk mencari akal. Dia yg tak pernah penat betul2 terseksa hari tu. Peluhnya menitik2. Lebih sakit lagi, setiap kali dia tanya "ada jual akal tak?" semua org gelak. "tak sihat ke org ni, nak beli akal?"

Hatinya bertambah geram kpd isterinya. Akhirnya si putera bertemu dgn sorang tua yg sedang duduk kat bawah sepohon pokok yg rendang. Kalau org tua tu pun gelakkan, dia berazam naik ke kapal dan cari akal kat tempat lain.

"Tok, tau tak kat mana saya boleh beli akal?"

"Akal?" serius je muka org tua tu.
Ah! Lega hatinya sebab org tua tu tak gelak. Maka berceritalah si putera dr awal sampai akhir...termasuklah cerita pasal hamba2 dan isterinya. org tua tu angguk2 dan berkata, "Anak telah memiliki sorang isteri yg baik tapi anak tak hargai dan tunaikan kewajipan anak kepadanya sebab asyik dgn hamba2 tu je. Cuba luangkan masa utk mengenalinya..sure anak tak menyesal. Kalau anak faham apa yg tok cakap ni, anak akan dapat akal yg isteri anak pesan sebaik saja anak masuk ke biliknya."

Lega hati si putera. Bolehlah balik cepat2. Dia tawarkan emas permata kat org tua tu, tapi org tua tu menolak. "Cukuplah 3dirham yg isteri anak bekalkan"

Kembalilah si pytera dan rombongan dgn selamat. Malang bg si putera,on the way dr kapal ke istana, dia terjatuh dlm selut. Habis badannya kena selut tapi dia tak peduli. Dia tak sabar2 lagi nak jumpa dgn hamba2 kesayangannya. Sampai kat istana dia jumpa mereka. Sambil berdiri di depan mereka dia menunjukkan 2 uncang berisi emas permata. Mereka ambil uncang dgn gembira,membelek2 emas permata sampai lupa putera depan mata. Si putera berdiri tegak depan mereka.

"Aku atau emas permata lebih penting bagi kamu?"

"Cantiknya..berkilat2.Boleh silau mata"
Siputera tak diendahkan sampai dia terpaksa pegang tangan mereka. "Eekk...pegila bersihkan diri dulu. Busuk!" alangkah murkanya dia. Dirampas semula uncang tersebut dan terus keluar dr tempat tu. Dgn rasa marah yg berkobar2 dia melangkah ke bilik isterinya. Dia tak mahu org dlm istana lihat dirinya penuh selut. Tempat isterinya lebih sesuai utk bersihkan diri.Dia terus buka pintu bilik isterinya.

Si isteri terperanjat. Bila tengok yg masuk ialah suaminya...dia segera sambut dgn hormat.Tangan suaminya dicium penuh penghargaan. Tergamam siputera.

"Selamat pulang.Kanda mesti letih. Rehatla dulu, nanti dinda ambikkan pakaian."

"Tak busuk ke?" tanya siputera pelik.
"Busuk lagi hati isteri yg tak gembirakan suami ketika letih pulang dr tugas negara."

Alangkah tersentuh hatinya dgn sambutan isterinya.Oleh kerana tergamam, dia ikut je apa yg diperlakukan padanya. Dimandikan,disapu wangi2an dan diberi hidangan yg lazat2. Wajah si isteri sentiasa manis &berseri2, tak sikit pun menjeling uncang emas yg separuh terbuka.Barang kirimannya pun tak ditanya. Setelah selesa,duduklah mereka suami isteri berhadap2an buat first timenya.

"Err...akal yg dinda pesantu, err..." dia teragak2 nak bagi tahu. Tiba2 timbul rasa segan kpd isterinya. Si isteri hanya diam dgn wajah tenang.

"Kanda dah pun dapatkan akal yg dinda pesan."

"Mana dia?" tanya si isteri.
"Sekarang ni ada pada kanda."
"Boleh dinda miliki sekarang?" Siputera tunduk. Dipegang tangan isterinya. Direnung matanya dgn lembut.

"Kanda miliki isteri yg baik, tapi kanda tak pernah syukuri nikmat ni." Dia pun bercerita pengalamannya di pulau dgn org tua.Dia juga berterus-terang bagaimana sambutan isterinya tlh menyedarkan tentang kesilapannya selama ini.

"sebenarnya pelayaran kanda diiringi doa org2 yg menyayangi kanda.Org2 yg menyayangi kanda kerana inginkan keselamatan dunia akhirat..Kanda sebenarnya dah beli akal dgn seluruh pelayaran tu & juga doa ayahanda kita yg inginkan kesejahteraan dunia akhirat bukan saja utk kita tapi semua rakyat country ni."

Sejak hari tu,insaflah siputera. Bertambah insaf lagi bila diberi nasihat panjang lebar oleh raja & PM. Bila dia terangkan rupa org tua yg ditemuinya, ternyata org tua tulah juga yg datang dlm mimpi raja & menteri. Si isteri juga bagi tahu yg dia juga bermimpi jumpa org tua yg serupa.Org tua tu yg suruh kirim akal kpd suaminya! Tak ada yg mustahil jika Allah telah tentukan...Allah adalah sebaik2 tempat mengadu. Dia yg memiliki segala yg dilangit dan bumi...Sekian adanya....



Copy&Paste

Sabtu, 9 Februari 2013

~Amalan Nabi-nabi Terdahulu; Puasa~



Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “.Sebagaimana keterangan Alquran dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 183, puasa yang diwajibkan kepada umat Islam, sebenarnya juga pernah dilakukan oleh umat-umat sebelumnya.
      Sismono dalam bukunya yang berjudul 'Puasa Pada Umat-umat Dulu dan Sekarang' menyebutkan, puasa sudah dilakukan oleh bangsa dan kaum yang hidup sebelum datangnya Islam. Seperti puasa yang dilakukan oleh bangsa Mesir Kunoi, Yunani Kuno, Romawi Kuno, Zoroaster, Majusi, Yahudi, Nasrani, Cina Kuno, Jepun Kuno, Buddha, Hindu, Manu, Konghucu, dan lainnya. ''Bahkan, nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW juga sudah melaksanakan puasa,'' tulisnya.

Nabi Adam A.S :
Sejarahwan Muslim, Ibnu Katsir, meyakini bahwa ajaran puasa sudah ada sejak zaman Adam dan Hawa. Menurut dia, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun. Ada pula yang mengatakan bahwa Adam berpuasa pada 10 Muharam sebagai rasa syukur karena bertemu dengan istrinya, Hawa, di Arafah. Sementara yang lain berpendapat, Nabi Adam berpuasa sehari semalam pada waktu dia diturunkan dari taman surga oleh Allah.

Ada juga yang mengatakan Adam berpuasa 40 hari 40 malam setiap tahun. Pendapat lainnya mengatakan Adam berpuasa dalam rangka mendoakan putra-putrinya. Selain itu, ada yang menjelaskan, Adam berpuasa pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting, yakni dijadikannya dia oleh Allah, hari diturunkannya ke bumi, dan diterimanya tobat Adam oleh Allah.

''Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumaat, diturunkan di bumi pada hari Jumaat, dia bertobat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi pada hari Jumaat dan wafat pun pada hari Jumaat.'' (HR Bukhari).

Walaupun dalam Alquran maupun hadis tidak dijelaskan bagaimana bentuk puasa Adam dan generasi sesudahnya, tetapi ada petunjuk-petunjuk bahwa agama-agama yang dibawa oleh para rasul terdahulu itu adalah agama monotheisme yang mengajarkan kepercayaan pada ke esaan Tuhan (Allah).

Nabi Nuh A.S :
Nabi Nuh yang berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun, seperti puasanya Nabi Adam. Nabi Nuh juga memerintahkan kaumnya untuk menyembah Allah dan berpuasa ketika mereka berbulan-bulan hidup terapun apung di dalam perahu besar di tengah samudera luas akibat bencana banjir besar, dan terus bertaubat kepada Allah.

Nabi Ibrahim A.S :
Nabi Ibrahim AS juga terkenal dengan kegemarannya berpuasa, terutama pada saat hendak menerima wahyu dari Allah, yang kemudian dijadikan suhuf Ibrahim itu. Puasa menurut agama Ibrahim dilaksanakan oleh Ismail, putra Ibrahim yang terkenal taat beribadah itu; dan puasa Ibrahim diikuti pula oleh Ishaq (putra Ibrahim dari Sarah).

Nabi Ya'kub A.S :
Nabi Ya'kub terkenal sebagai orang tua dan rasul yang gemar berpuasa, terutama untuk keselamatan putra-putranya.

Nabi Daud A.S :
Perintah puasa yang paling populer hinga sekarang ini adalah puasa Nabi Daud as. Puasa ini tergolong istimewa karena Nabi daud tidak hanya seorang prajurit, tetapi juga raja dan ahli perang terkemuka. Nabi Daud dikenal sebagai nabi yang berhasil mengalahkan musuh yang jauh lebih besar, yaitu Goliath.Pelaksanaan ibadah puasa nabi Daud juga tergolong aneh bila dibandingkan dengan puasa nabi-nabi lainnya. Puasa nabi Daud dilaksanakan sehari puasa, sehari tidak. Bahkan, puasa Nabi Daud ini ternyata berlangsung hingga nabi Sulaiman, putranya dan nabi sesudahnya. Tidak hanya itu saja, pelaksanaan ibadah puasa itu disebutkan dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim as. Seperti diketahui, salah satu mukjizat beliau adalah kebal dari kobaran api ketika dibakar oleh raja Namrudz yang kejam.Sepeninggal Nabi Daud, pelaksanaan puasa tersebut tidak lenyap begitu saja. Bahkan, hingga sekarang ini umat Nabi Muhammad SAW juga banyak yang menjalankan puasa Daud selain puasa Isnin-Khamis.

Nabi Musa A.S :
Perintah melaksanakan puasa bagi umat Nabi Musa merupakan rentetan dari kewajiban puasa yang diwajibkan pada umat Nabi Muhammad SAW, seperti dalam Q.S Al-Baqarah:183.
Puasa yang dijalankan oleh Nabi Musa beserta umatnya jauh lebih berat dari pada puasa nabi Muhammad SAW. Mereka diwajibkan berpuasa selama 40 hari 40 malam. Dalam Kitab Perjanjian Lama, puasa Nabi Musa merupakan cikal bakal puasa bagi umat Nabi Isa karena jenis puasanya juga sama. Bahkan, Nabi Musa berpuasa  di Gunung Sinai ketika mendapatkan perintah ALLAH SWT.
     Masalah puasa nabi Musa ini tercantum dalam Kitab Perjanjian Lama (Keluaran 34: 29): "Musa berada di sana bersama-sama dengan Tuhan 40 hari 40 malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air dan ia menuliskan padaloh itu segala perktaan perjanjian, yakni kesepuluh firman". Hal ini kemudian yang dikenal sebagai 10 Firman Tuhan.
    Setelah melakukan puasa  selama itu, Musa  mengalami perubahan yang sangat dahsyat. dari wajahnya keluar cahaya yang menakjubkan bagi setiap orang yang memandangnya. Hal ini tertulis dalam Perjanjian Lama (Keluaran 34:30). Ketika Musa turun dari Gunung Sinai, ia tidak tahu bahwa kulit mukanya bercahaya karena ia berbicara dengan Allah SWT.
    Ada pula puasa yang dianjurkan pada Musa, yaitu berpantang tidak boleh melakukan sesuatu. Termaktub dalam Perjanjian Lama (keluaran: 34:14) bahwa Musa diharuskan memelihara Hari Raya Roti Tidak Beragi. Dengan ketentuan, selama 7 hari lamanya, Musa tidak boleh makan roti yang beragi. Hal itu ditetapkan dalam Bulan Abid, sebagai peringatan Musa dan kaumnya keluar dari Mesir atas kejaran Raja Fir'aun.
    Jika kita meneliti kitab Perjanjian Lama, antara bahasa orang Yahudi, Aramaik, Arab dan Ethiopia ternyata menggunakan kata yang sama, yaituShaum (menahan nafsu). Kata ini berarti menghentikan aktivitas makan, minum, dan nafsu sekaligus menandai ungkapan penyesalan atas doa yang diperbuatnya. Oleh karena terjadi  penyimpangan ajaran-ajaran yang sudah tidak sesuai dengan Kitab Perjanjian Lama, akhirnya tradisi puasa yang dilakukan oleh orang Yahudi terdahulu sekarang ini sudah jauh berubah.Sementara Nabi Yusuf berpuasa ketika berada dalam penjara bersama para pesalah lainnya. Kebiasaan berpuasa ini juga beliau terapkan ketika menjadi pembesar Mesir dan menjawat sebagai menteri ekonomi negeri tersebut. ''Kerana aku khuwatir apabila aku kenyang, nanti aku akan melupakan perut fakir miskin.''

Nabi Yunus A.S :  
Nabi Yunus berpuasa dari makan dan minum saat berada dalam perut ikan besar selama beberapa hari, kemudian berbuka puasa setelah dimuntahkan kembali dari dalam perut ikan itu. Untuk berbuka, dikisahkan beliau memakan buah sepsis buah labu yang tumbuh di tepi pantai.

Nabi Ayub A.S :
 Nabi Ayub berpuasa pada waktu dia hidup dalam serba kekurangan dan menderita penyakit selama bertahun-tahun, sampai akhirnya sihat seperti sediakala.

Nabi Syuaib  A.S :
Nabi Syuaib terkenal kesalehannya dan sebagai orang tua yang banyak melakukan puasa dalam rangka bertakwa kepada Allah. 

Jumaat, 8 Februari 2013

~Puasa Nabi Daud~


Soalan:
Adakah Di Benarkan Puasa Setiap Hari; Berpuasa Siang Hari, Berbuka Malam Hari?
Apakah Itu Puasa Nabi Daud? Bagaimana Caranya?

Jawapan:

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al ‘Ash bahwa dia pernah mengabari Rasulullah saw dan beliau saw pun berkata kepadanya,”Sholat yang paling disukai Allah adalah sholat Daud dan puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Daud. Dia (Daud) tidur seperdua malam, bangun di sepertiganya, tidur lagi di seperenamnya dan berpuasa sehari serta berbuka sehari.” (HR. Bukhori)

Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr bin al ‘Ash berkata,”Aku memberitahu Rasulullah saw bahwa aku mengatakan,’Demi Allah aku akan puasa sepanjang siang dan sholat sepanjang malam seumur hidupku.’ Maka Rasulullah saw berkata kepadanya,’Apakah kamu yang mengatakan,’Demi Allah aku akan berpuasa sepanjang siang dan sholat sepanjang malam seumur hidupku.’ Aku mengatakan,’Sungguh aku yang mengatakannya.’ Beliau bersabda,’Sesungguhnya engkau tidak akan sanggup untuk itu maka berpuasalah dan berbukalah, sholat malamlah dan tidurlah. Berpuasalah tiga hari dalam sebulan maka sesungguhnya suatu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang sepertinya dan hal itu seperti berpuasa sepanjang masa.’ Aku mengatakan,’Sesungguhnya aku sanggup melakukan yang lebih dari itu wahai Rasulullah.’ Beliau saw bersabda,’Berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari.’ Aku mengatakan,’Sesungguhnya aku sanggup melakukan yang lebih dari itu.’ Beliau bersabda,’Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Ini adalah puasa Daud dan ini puasa yang paling baik.’ Aku mengatakan,’Sesungguhnya aku sanggup melakukan yang lebih dari itu wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda,’Tidak ada yang lebih utama darinya.” (HR. Bukhori)

Diriwayatkan dari Abu Qatadah bahwa ada seorang laki-laki yang mendatangi Nabi saw dan berkata,”Wahai Rasulullah bagaimana anda berpuasa?’ maka Rasulullah saw pun marah terhadap perkataan oang itu. Tatkala Umar melihat hal itu, dia berkata,’Kami telah rela Allah sebagai Tuhan kami, islam sebagai agama kami dan Muhammad sebagai nabi kami. Kami berlindung kepada Allah dari kemarahan Allah da kemarahan Rasul-Nya.’ Kemudian orang itu berkata,’Wahai Rasulullah bagai dengan orang yang berpuasa sepanjang masa?’ Beliau bersabda,’Tidak ada puasa dan tidak ada berbuka.’—Musaddad berkata (terhadap kalimat ini),”Tidak berpuasa dan tidak pula berbuka.’ Atau,’tidak berpuasa dan tidak berbuka.’ disini Ghoilan merasa ragu—. Orang itu berkata lagi,’Wahai Rasulullah bagaimana dengan orang yang berpuasa dua hari dan berbuka sehari?’ beliau saw bersabda,’adakah orang yang menyaggupi hal itu?’ Orang itu berkata,’Wahai Rasulullah bagaimana dengan orang yang berpuasa sehari dan berbuka sehari.’ Beliau saw menjawab,’itu adalah puasa Daud.’ Orang itu berkata,’Wahai Rasulullah bagaimana dengan orang yang berpuasa sehari dan berbuka dua hari.’ Dia berkata lagi,’aku berharap bahwa aku menyanggupinya.’ Kemudian Rasulullah saw bersabda,’(berpuasa) tiga hari dalam sebulan dan dari ramadhan hingga ramadhan maka ini (sama) dengan berpuasa sepanjang masa. Berpuasa pada hari arafah dan aku meyakini bahwa disisi Allah hal ini akan menghapuskan (dosa) setahun sebelumnya.” (HR. Abu Daud)

Ibnul Qoyyim mengatakan bahwa hadits ini adalah nash tentang berpuasa sehari dan berbuka sehari lebih utama dari berpuasa sepanjang masa. Dan seandainya berpuasa sepanjang masa itu disyariatkan dan dianjurkan maka pasti ia akan banyak dilakukan sehingga menjadi yang paling utama..

Beliau juga mengatakan bahwa Rasulullah saw telah mengabarkan,”Bahwa puasa yang disukai Allah adalah puasa Daud dan sholat malam yang disukai Allah adalah sholat malam Daud.’ Dan beliau saw mengabarkannya sekaligus kemudian beliau saw menafsirkannya,”Dia (Daud) tidur seperdua malam, bangun pada sepertiganya, dan tidur lagi pada seperenamnya. Dia berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (HR. Bukhori Muslim).

Hadits ini menjelaskan bahwa Allah menyukainya karena sifat ibadah tersebut. Di sela-sela puasa dan sholat malamnya terdapat istirahat yang dengannya akan menguatkan badan dan membantunya untuk menunaikan hak-haknya. (Aunul Ma’bud juz VII hal 56)

Al Hafizh mengatakan bahwa sekelompok ulama termasuk al Mutawalli dari madzhab Syafi’i berpendapat bahwa puasa Daud lebih utama adalah sesuatu yang tampak jelas didalam hadits tersebut. Dan dari segi artinya juga menunjukkan hal demikian karena puasa sepanjang masa terkadang mengabaikan berbagai hak-haknya dan siapa yang terbiasa dengannya maka ia akan memberatkannya bahkan melemahkan keinginannya untuk makan, tidak terlalu berminat untuk memenuhi kebutuhannya akan makanan dan minuman di siang hari dan akan memenuhi kebutuhan makan dan minumnya di malam hari sehingga menambah kebiasaan baru yang berbeda dengan orang yang puasa sehari dan berbuka sehari karena puasa ini memindahkannya dari berbuka kepada puasa dan dari berpuasa kepada berbuka. (Tuhfatul Ahwadzi juz III hal 312)

Adapun faedah dari puasa Daud tidaklah berbeda dengan faedah dari puasa-puasa lainnya sebagaiman telah banyak dibahas dan dikaji oleh banyak pakar kesehatan yang bersumber dari hadits Rasulullah saw,”Berpuasalah kalian maka kalian (akan) sehat.” (HR. Thabrani)

Sedangkan keutamaannya, sebagaimana diutarakan oleh Rasulullah saw bahwa puasa Daud adalah puasa yang paling utama. Ia lebih utama dari pada puasa tiga hari dalam sebulan yang pahalanya seperti puasa sepanjang masa. Ia lebih utama juga dari puasa arafah yang ganjarannya adalah dihapuskan seluruh dosa kecilnya selama setahun sebelumnya. Meskipun tidak dijelaskan secara definif didalam hadits-haditsnya tentang ganjaran yang Allah sediakan bagi orang yang melakukan puasa Daud ini.

Wallahu`alam.

Rabu, 6 Februari 2013

~Impian Syurga RumahTangga~


Moga-moga mahligai yang bakal dibina...
Adalah mahligai yang dirahmati Ilahi..
Yang bakal melahirkan generasi Rabbani..
Yang bakal menjadi pejuang dan pembela agama AlLah, insyaAlLah.


Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata

( Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan

( Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan

( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar

kalaulah bahagia itu pada harta

kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa

kenapa Charles dan Diana berpisah

kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati

Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN

Bila susah tak gelisah

Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan

Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman

Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan

Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf

Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat

Tapaknya ....iman

Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagiaan rumahtangga
dan terciptalah:

'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'

lalu berbuahlah

mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah".

Selasa, 5 Februari 2013

~Sifat Marah? ~



Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk menghidari diri kita daripada sifat marah…



IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda;

” yang bernama perwira bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. Tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah.”    ( Sahih Muslim)

Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah…walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah…segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya.

Sumber : Diari Siswa Islam’ 93

****************************************
Tinta Khas Untuk Sahabat saya , Semoga Bermanfaat. Sama-sama kita Melakukan Perubahan Demi Masa Depan.

Ahad, 3 Februari 2013

Syarah Sifat Pakaian Nabi saw,Cara Nabi Menyimpan Rambut dan Cara Berjalan Nabi saw.



Syarah Sifat Pakaian Nabi saw,Cara Nabi Menyimpan Rambut dan Cara Berjalan Nabi saw.

Nabi saw suka qomis.Qomis ialah jubah yang lengan terbuka,labuhnya separuh betis.Nabi suka sebab ringkas.Nabi suka qomis ikut sunnah,rekaan itu yang ringkas.Pakaian yang nampak ringkas selain jubah yang kita pakai tidak labuh sangat ialah baju qurtal,menetapi sunnah sebab ia ringkas.

Rida' Nabi suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang,Nabi saw merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada Nabi.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak Rasulullah. Dia nak jumpa Nabi Muhammad.''Aku kakak Rasulullah.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd Nabi saw.Nabi menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, Syaima' ''.Nabi kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak? Nabi ada kakak ke?''
Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,''Rasulullah,aku Syaima' '' Nabi menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.Syaima' ialah kakak susuan Nabi saw,anak kepada Halimatus Sa'diah.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

Abu Juhaifah apabila melihat Nabi memakai pakaian berwarna merah,seolah-olah katanya melihat kegemerlapan kedua-dua betis Nabi saw.Putihnya Nabi saw adalah kemerah-merahan.Tengkuk Nabi pula keperak-perakan.

Semasa Nabi saw berdoa semasa Perang Badar,dikatakan sampai jatuh lengan baju dan rida' Nabi.Apabila lengan tangan juga jatuh,disebut dalam sebuah hadis kata sahabat,''Kami melihat ketiak Nabi putih.''Allah tidak ciptakan ketiak Nabi ada bulu.Abu Juhaifah melihat sempurnanya Nabi berpakaian begitu elok sampai tidak boleh lupa.

Rambut Nabi jummah (simpan sampai paras bahu).Ada 3 cara Nabi saw simpan rambut.Pertama ghufrah ,iaitu potong rambut betul dengan telinga.Kedua, lammah ,potong rambut paras tengkuk.Dan ketiga jummah yakni potong rambut paras bahu.
Nab saw simpan rambut paras bahu,yang mana apabila berjalan,rambutnya memukul-mukul (menyentuh bahu).

Nabi saw berjalan hebat.Tidak lambat tetapi cepat.Cepat sepertimana orang turun dari bukit.Langkahannya cepat.Kaki depan memijak kemas.Kaki belakang mengangkat macam angkat kaki yang tenggelam dalam tanah.Kemasnya Nabi itu turun dari bukit.Pijak depan kemas,tarik belakang kemas.Dalam masa itu,Nabi saw berjalan dengan tongkat.Bila berjalan Nabi berjalan berat belah kanan.Kemas.Kemaih keming.

Kata Qailah Makhramah:''Aku melihat Nabi saw memakai kain yg sudah lama ,yang tidak dijahit.Kedua-dua kain ini diwarna dengan warna za'faran(kekuningan).Warna pakaian itu sudah luntur.(HR Tirmidzi).

Kuning sangat dilarang,hukumnya makhruh.Kuning yg lusuh yg dipakai Nabi saw menunjukkan begitu tawaduknya Nabi saw dan merendah dirinya Nabi saw.

Jika kita pakai baju lama,dengan niat ikut Nabi saw,untuk menunjukkan kerendahan ,ketawadukan hati.Dapat pahala.Jika kita pakai baju baru,untuk memperlihatkan nikmat ALLAH,pun dapat pahala.Namun jika pakai baju baru,untuk menunjukkan ada 'class' atau takut jatuh standard,haram kerana Nabi saw pesan,''Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya ada sebesar zahrah takabur.''

Orang beriman adalah orang yg seronok berbuat baik.Wallahua'alam.

~Murobbina Sheikh Zainul Asri Haji Romli 
:: dicatit kembali oleh al faqirah pada 18Rabiulawal 1434H-30januari 2013

Sumber : Facebook