.

Sabtu, 29 Disember 2012

~Kalam Murobbiku Demi Renungan Bersama~



Sampai bila nak duduk bawah "TEMPURUNG" seandainya kita tidak berusaha keluar daripadanya.

BAHASA. Bahasa itu bukan mudah untuk dipelajari. dia tidak akan datang bergolek. Jika Punya Usaha, Usaha, Usaha... Pasti Ia Milik Kita...

Kata Sang Murobbi :
"Belajarlah Hidup Susah Ketika Kamu Masih Menjadi Seorang Pelajar. Jangan Sesekali Belajar Untuk Hidup Mudah. Kerana Golongan Pertama Itu Adalah Orang Yang Sangat Untung dan Menguntungkan Orang, Manakala Golongan Kedua itu Adalah Orang Yang Sangat Merugikan Malah Lebih Merugikan Orang Lain."

Fenomena Masyarakat Kita :
"Ahhh... malas r."
"bukan paham pun. baik aku duk FB di rumah lagi best."
"Kalau aku p pun, aku x faham. dari aku p dengar benda yang x faham, lebih baik aku duduk rumah saja."

Kalam Murobbi:

".....Syeikh, Enta gi Ja Dengar. Biarpun Tidak Faham Walaupun satu Perkara, Tetapi Ingat Syeikh, Kenikmatan Berada Dalam Majlis Ilmu Itu Sangat Manis Dan Terlalu Nikmat Rasanya."

"..... Bahasa Arab Bukan Bahasa Kita. Kalau Tidak Faham Itu, Perkara Biasalah, Yang Penting Usaha....."

"Allah Tidak Menilai Hasil Apa Yang Kita Lakukan Sahaja, Allah Menilai Sejak HAti Kita Berniat "AKU NAK BUAT LA BENDA NI". Sehinggakan kalau kita tidak terbuat perkara itu, Maka DI situ telah punya Ganjaran Buat Kita kerana Punya Niat Demi Membuat Kebaikan."

Kata Sang Murobbi Juga:
"Syeikh, Enta Jangan Ingat Bila Enta Belajar Bahasa, Enta TIdak Perlu Buka Kitab Usuludin, Usul Fiqh , Tasawuf Dan Sebagainya....." Kemudian Sang Murobbi Sambung Menceritakan Pengalaman Beliau Ketika Membuka kitab-kitab Yang Tidak Ada Kaitan Dengan Bahasa Arab dan Syeikh cakap, dia lakukan 2 perkara. 1. Melihat Kepada Ilmu Isi Kandungan Kitab Itu Sendiri. 2. Melihat Kepada Gaya Bahasa Kitab Itu Sendiri Sehingga BELIAU mendapat Idea Dan Gaya Bahasa Kitab Tersebut.

Kalam Sang Murobbi Yang Paling Tidak Dapat Dilupakan :

"Saya Tidak Boleh Ubah Kamu, Melainkan Usaha Kamu Sendiri Untuk Mengubah Diri Kamu...... Kalau Kamu Tidak Kasihankan Diri Kamu, Buat Apa Saya Nak Kasihankan Diri Kamu... Saya Hanya Boleh Bantu Beri Jalan Sahaja, Tetapi Yang Selebihnya Adalah Atas Usaha Kamu." (Masa Form 5)

"Change Your Attitudes!!" (Masa Form 3)

Rabu, 26 Disember 2012

~Bulan Itu Saksi Tangisan Hati Ini~


Keheningan Malam Di Bandar Irbid Malam Ini Bagaikan Meraikan Rasa Hati Insan Ini... Kesejukan Malamnya Yang tertusuk Hingga Tulang sum-sum, Bayu Malamnya bermanja-manja, Angin Malamnya Berbisik Membawa 1001 Berita....

Menarinya Jari-jemariku bukan kerana suka-suka, bukan Kerana Satu Kemanisan, Bukan Kerana Ingin Meriangkan Hati-hati Kalian, Tetapi Ingin Membawa Kalian Ke Alam Yang Selalu Diungkapkan, Tetapi Belum Tentu Mereka-mereka Yang Menyebut itu Tahu, Faham, Hayati Dengan Sebetul-betulnya...

Dengan ini, Secara Rasminya Insan Yang Hina Lagi Tidak Punya 1001 Daya ini Mengumumkan Bahawa esok (Khamis-27-12-2012) akan Berlaku Beberapa Perkara Yang Mungkin Untuk Kali Pertamanya Dan Kali Terakhirnya Pada Tahun 2012 Yang Penuh Dengan Seribu Kisah Dan Bicara Baik Yang Manis, Pahit, Masam Dan Tawar.... 

1. Peperiksaan Akhir Kursus Pusat Bahasa Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan akan dijalankan pada esok hari. Segala Keputusan Dan Soalan Adalah SULIT DI Pihak Pusat Bahasa.

2. Sehubungan Dengan Itu, Maka TAMATLAH Pengajian Sesi 2012/2013 Semester Pertama Secara Rasminya.

3. Peperangan Tasjil Madah Akan Berlaku Untuk Mahasiswa Dan Mahasiswi Tahun 1 Kuliah Adab Bidang Bahasa Arab Dan Kesusasteraannya. Semoga Yang terbaik buat mereka.

Khamis, 20 Disember 2012

~Bisik-Bisik Pada Malam By TUNZA~



bisik pada malam
adu tentang pagi yang suram
jenguk-jenguk mentari yang sembunyi
tersenyum di celah gemawan

luas hati tika ketawa mentari bercahaya
peronyok peronyok khabar duka
humban ke hujung dunia

sore mengandung airmata
menjurai laju mensuci dosa
meski setika
iktibar 

bisik-bisik pada malam
lupakan siang yang haram
di ranjang mata dipejam
memohon esok lebih cerah.

TUNZA
20 hb dis 2012
11.01 pm
Jitra Kedah

Isnin, 17 Disember 2012

~Pesan Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pondok Sg Durian K.Krai) ~



Diantara ciri-ciri lemahnya iman :
1) Apabila melakukan maksiat, tidak merasa takut pada Allah s.w.t.
2) Keras hati.
3) Tidak melakukan ibadat secara itqan(secara baik).
4) Malas dalam beribadat.
5) Rasa sempit dada dalam pengamalan Islam.
6) Tidak terkesan dengan bacaan al-Quran.
7) Lupa untuk berzikir pada Allah.
8) Tidak merasa marah bilamana maruah Islam dicabar.
9) Suka menonjolkan diri.
10) Sifat bakhil ada dalam diri.
11) Berkata seseorang dengan sesuatu yang dia sendiri pun tidak
beramal.
12) Gembira dengan musibah yang melanda umat Islam.
13) Apabila melihat sesuatu bencana alam, hanya mengatakan
ianya musibah alam tanpa mengaitkan ia adalah bala daripada
Allah s.w.t.
14) Memandang rendah perkara-perkara baik.
15) Tidak mengambil berat tentang isu umat Islam.
16) Tercabutnya kasih sayang persaudaraan sesama umat Islam.
17) Hilang perasaan tanggungjawab terhadap agama.
18) Merasa takut bila turunnya bencana, musibah.
19) Banyak berbantah,berkelahi.
20) Hati banyak terikat dengan dunia.
21) Percakapan yang tidak berasaskan fakta (nas,dalil) seperti
penyebaran hadis palsu.
22) Terlalu terlampau dalam menjaga keperluan diri.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan untuk memperbaharui iman:

1) Sentiasa memperbaharui kefahaman tentang Islam supaya
memahami Islam secara jelas.
2) Membaca dan mentadabur al-Quran.
3) Rasa keagungan Allah s.w.t.
4) Menuntut Ilmu.
5) Banyakkan berzikir pada Allah dan jadikan ia amalan harian.
6) Perbanyakkan ibadat.
7) Banyak berdoa moga dihindarkan daripada mati dalam keadaan suu'ul khatimah.
8) Banyak fikirkan akhirat.
9) Banyakkan mengingati mati.
10) Banyakkan berdoa pada Allah s.w.t supaya diberi keimanan
yang sempurna.

- Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pondok Sg Durian K.Krai)

From : Ramzul Hakimi


Ahad, 16 Disember 2012

~Bandar Irbid Menjadi Saksi Nyanyian Hati Ini~


Membaca puisi cinta.. puisi rindu
...termanggu hati ini lagi
merintih rindu yang satu
tak sanggup menerima hakiki
apa asa ku laksana kelabu
kabur panggilan serasa hati

Bukan aku tak mahu 
Bukan aku tak lari
Bukan aku tak buang
Bukan aku tak CUBA
... melupa kamu
... menyingkir kamu
... menyisih kamu
dari puspa rindu hati ku

Alam..
pujuk lah hati ku

Bulan..
sejuk kan hati ku

Hujan..
lemas kan rindu ku

Aku tiada daya lagi 
Aku tiada daya lagi
Aku tanpa daya lagi
... merawat sendiri rindu ini
... membebat sendiri luka ini
... menyandar sendiri pada harapan

Pilu ini susungguhnya 
menifestasi kasihku
yang tiada cabang
satu arah yang lurus untuk hati nya

adakah... ini..
suratan perpisahan

Aduhai
bahagia tak mahu jejaki aku...


Putera Mu`izz 16-12-12, Jendela Bayt Tal-Hijazi, Irbid, Jordan

~Sepatu By TUNZA~

sepatumu yang pernah tercicir
sebelahnya masih ku simpan

tadi tika ketemu
mahu ku sarung ke kakimu
darah yang mengalir -- lukanya dalam
ditembus kerikil

esok esok
temuiku di sini 
agar jalanmu tidak lagi tempang

sebelah sepatumu ada bersamaku.

TUNZA
(15hb dis 2012)

Khamis, 13 Disember 2012

~ Benarkah Sabar Itu Indah? ~


Ketika Hati Ini Bertinta Buat Sahabat Di Sana :

Perjalanan sepanjang kehidupan ini sebenarnya BUKANLAH ditaburi bunga yang mewangi semata-mata, sebaliknya penuh ranjau berduri.. 

Seringkali hitungan langkah yang SALAH itu membuatkan tapak kaki berdarah tertusuk duri yang menaburi...

Dan , tika hadirnya sangka kala itu, hadapilah ia dengan kesabaran dan senyuman... 

Tetapi sejauh mana kesabaran itu mampu bertahan??? 

Boleh ke berpura-pura dengan senyuman???

Selagi mana punya Keimanan Dalam Diri, InsyaAllah Kesabaran PASTI SETIA mendampingi kita... 

Dan senyuman itu, pertama kalinya berpura-pura, kedua kalinya terpaksa, ketiga kalinya memaksa dan InsyaAllah, kali seterusnya hadir Senyuman itu dengan jiwa dan hati yang padanya punya 1001 Jenis Warna... 

InsyaAllah, Sabar + Senyuman + Yakin = ????

Bukan hanya Sekadar ketenangan malah 1001 Manfaat dan Kebaikan yang Hadir... 

Yang Penting, Tempat Kebergantungan Utama Kita Yakni ALLAH Jangan Sesekali Dilekakan Dan Diabaikan walaupun selahzah...

Putera Mu`izz
13-12-2012 -2.17pm-
Bandar Irbid, Irbid , Jordan

Selasa, 11 Disember 2012

~Dia Isteri Khalifah Uthman~


“Ku damba CINTA bak cinta”NAILAH AL-FARAFISHAH”

(Ya Allah,pupuklah jiwa ku menjadi seperti Nailah Al-Farafishah iaitu isteri Khalifah Uthman Bin Affan.Aamiin.)

~Bacalah dengan hati Kisah Ini...

Perkahwinan antara Nailah dan Saidina Uthman Bin Affan ialah ketika nailah berusia18 tahun manakala saidina Uthman ketika berusia 81 tahun.Selepas menikah,Saidina Uthman bertanya kepada Nailah.

“Pasti kau tidak suka melihat ketuaan ku ini?”

Nailah senyum dan menunduk sambil menjawab.

“Saya termasuk wanita yang suka memiliki suami yang lebih tua.”

Saidina Uthman pun Tanya lagi.

“Adakah aku telah jauh melampaui ketuaanku?”

Pastu Nailah pun menjawab lagi.

“Tapi masa mudamu telah engkau habiskan bersama Rasulullah SAW dan itu jauh lebih aku sukai daripada segala-galanya.”

Subhanallah..Terpaku memikir jawaban cinta dari isteri seperti Nailah Al-farafishah.

**************************************************

Masa berlalu Nailah hidup bahagia di sisi suami tercinta dan mempunyai dua cahaya mata bersama Khalifah Uthman Bin Affan.Hingga Satu saat berlaku pengepungan dari pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Khalifah Uthman dan pengepungan di rumah Khalifah Uthman berlaku selama 50 hari.Masa ni,Nailahlah yang tidak berrenggang malah sentiasa di sisi Khalifah Uthman dan mempertahankan beliau.

Pada masa Muhammad Bin Abu bakar(pemberontak) melepaskan tali pagar rumah Khalifah Uthman dan panjat melalui tali tersebut,Nailah menjenguk dari tingkap sampai terurai rambutnya yang ikal.Masa tu Khalifah Uthman pun tegur Nailah..

“Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya daripada nyawaku.”

Akhirnya pemberontak dapat masuk ke rumah Khalifah Uthman.Dua orang masuk dan menghayun pedang kepada Khalifah.Nailah yang masa tu bersama suaminya pun menahan tetakan pedang dari pemberontak dengan tangannya sehingga putus jari-jarinya.Masa tu datang lagi Muhammad Bin Abu bakar menghayun pedang dan sekali lagi nailah menahan tetakan dan putus lagi jari-jarinya.Muhammad Bin Abu Bakar memukul dan membelasah Khalifah Uthman.Janggut Khalifah di cabut,kepala di pukul dan Khalifah Uthman di tikam.Masa Muhammad Bin Abu Bakar nak penggal kepala Khalifah,badan Nailah sendiri menahan bersama puterinya dan mereka di tolak.Di pijak-pijak oleh Muhammad Bin Abu Bakar.

Selepas kejadian tu,tiada siapa berani menguruskan jenazah Khalifah atas sebab keadaan huru-hara masa tu.Jenazah Khalifah Uthman di kebumikan pada waktu malam.Selepas kejadian pembunuhan Khalifah Uthman inilah terjadi perselisihan antara muawiyah bin abi sufyan dengan Saidina Ali R.A yang mana telah mengorbankan ratusan ribu umat islam.

Masa tu Nailah hantar surat pada muawiyah untuk mendamaikan kedua belah pihak tetapi surat tersebut telah di salah gunakan oleh muawiyah untuk mencari pengaruh menentang Saidina Ali R.A.

Tak lama selepas tu,Muawiyah meminang Nailah untuk di jadikan Isteri tapi nailah menolak dan dia patahkan gigi-ginya yang cantik sehingga di tanya.

“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigi kamu yang cantik itu?”

Nailah pun menjawab.

“Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar seperti pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku,sebagaimana yang di ketahui Uthman.”


Selepas pemergian suami tercinta,Nailah banyak menulis puisi dan sajak untuk Uthman.Dia menolak perkahwinan selepas perginya Khalifah Uthman dan telah sanggup berkorban apa sahaja untuk suami tercinta.

“NAILAH…KAULAH SURI TELADAN…”



copy from Facebook.

Jumaat, 7 Disember 2012

~Seutas Bicara Mengenai Imam Bukhari~


Kelahiran dan Masa Kecil Imam Bukhari

Imam Bukhari (semoga Allah merahmatinya) lahir di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju'fiy Al Bukhari, namun beliau lebih dikenal dengan nama Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumat, tepatnya pada tanggal 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M). Kakeknya bernama Bardizbeh, turunan Persi yang masih beragama Zoroaster. Tapi orangtuanya, Mughoerah, telah memeluk Islam di bawah asuhan Al-Yaman el-Ja’fiy. Sebenarnya masa kecil Imam Bukhari penuh dengan keprihatinan. Di samping menjadi anak yatim, juga tidak dapat melihat karena buta (tidak lama setelah lahir, beliau kehilangan penglihatannya tersebut). Ibunya senantiasa berusaha dan berdo'a untuk kesembuhan beliau. Alhamdulillah, dengan izin dan karunia Allah, menjelang usia 10 tahun matanya sembuh secara total.
Imam Bukhari adalah ahli hadits yang termasyhur diantara para ahli hadits sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Bahkan dalam kitab-kitab fiqih dan hadits, hadits-hadits beliau memiliki derajat yang tinggi. Sebagian menyebutnya dengan julukan Amirul Mukminin fil Hadits (Pemimpin kaum mukmin dalam hal Ilmu Hadits). Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.


Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Bagdad. Daerah itu pula yang telah melahirkan filosof-filosof besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamachsari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Uni Sovyet (Rusia), namun menurut Alexandre Benningsen dan Chantal Lemercier Quelquejay dalam bukunya "Islam in the Sivyet Union" (New York, 1967), pemeluk Islamnya masih berjumlah 30 milliun. Jadi merupakan daerah yang pemeluk Islam-nya nomor lima besarnya di dunia setelah Indonesia, Pakistan, India dan Cina.


Keluarga dan Guru Imam Bukhari


Bukhari dididik dalam keluarga ulama yang taat beragama. Dalam kitab As-Siqat, Ibnu Hibban menulis bahwa ayahnya dikenal sebagai orang yang wara' dalam arti berhati-hati terhadap hal-hal yang hukumnya bersifat syubhat (ragu-ragu), terlebih lebih terhadap hal-hal yang sifatnya haram. Ayahnya adalah seorang ulama bermadzhab Maliki dan merupakan mudir dari Imam Malik, seorang ulama besar dan ahli fikih. Ayahnya wafat ketika Bukhari masih kecil.

Perhatiannya kepada ilmu hadits yang sulit dan rumit itu sudah tumbuh sejak usia 10 tahun, hingga dalam usia 16 tahun beliau sudah hafal dan menguasai buku-buku seperti "al-Mubarak" dan "al-Waki". Bukhari berguru kepada Syekh Ad-Dakhili, ulama ahli hadits yang masyhur di Bukhara. Pada usia 16 tahun bersama keluarganya, ia mengunjungi kota suci Mekkah dan Madinah, dimana di kedua kota suci itu beliau mengikuti kuliah para guru-guru besar ahli hadits. Pada usia 18 tahun beliau menerbitkan kitab pertamanya "Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien" (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien).

Bersama gurunya Syekh Ishaq, beliau menghimpun hadits-hadits shahih dalam satu kitab, dimana dari satu juta hadits yang diriwayatkan oleh 80.000 perawi disaring lagi menjadi 7275 hadits. Diantara guru-guru beliau dalam memperoleh hadits dan ilmu hadits antara lain adalah Ali bin Al Madini, Ahmad bin Hanbali, Yahya bin Ma'in, Muhammad bin Yusuf Al Faryabi, Maki bin Ibrahim Al Bakhi, Muhammad bin Yusuf al Baykandi dan Ibnu Rahwahih. Selain itu ada 289 ahli hadits yang haditsnya dikutip dalam kitab Shahih-nya.

Kejeniusan Imam Bukhari


Bukhari diakui memiliki daya hapal tinggi, yang diakui oleh kakaknya Rasyid bin Ismail. Kakak sang Imam ini menuturkan, pernah Bukhari muda dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lainnya, Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia sering dicela membuang waktu karena tidak mencatat, namun Bukhari diam tak menjawab. Suatu hari, karena merasa kesal terhadap celaan itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran Bukhari ternyata hafal di luar kepala 15.000 hadits, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Ketika sedang berada di Bagdad, Imam Bukhari pernah didatangi oleh 10 orang ahli hadits yang ingin menguji ketinggian ilmu beliau. Dalam pertemuan itu, 10 ulama tersebut mengajukan 100 buah hadits yang sengaja "diputar-balikkan" untuk menguji hafalan Imam Bukhari. Ternyata hasilnya mengagumkan. Imam Bukhari mengulang kembali secara tepat masing-masing hadits yang salah tersebut, lalu mengoreksi kesalahannya, kemudian membacakan hadits yang benarnya. Ia menyebutkan seluruh hadits yang salah tersebut di luar kepala, secara urut, sesuai dengan urutan penanya dan urutan hadits yang ditanyakan, kemudian membetulkannya. Inilah yang sangat luar biasa dari sang Imam, karena beliau mampu menghafal hanya dalam waktu satu kali dengar.

Selain terkenal sebagai seorang ahli hadits, Imam Bukhari ternyata tidak melupakan kegiatan lain, yakni olahraga. Ia misalnya sering belajar memanah sampai mahir, sehingga dikatakan sepanjang hidupnya, sang Imam tidak pernah luput dalam memanah kecuali hanya dua kali. Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunnah Rasul yang mendorong dan menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya.


Karya-karya Imam Bukhari

Karyanya yang pertama berjudul "Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien" (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien). Kitab ini ditulisnya ketika masih berusia 18 tahun. Ketika menginjak usia 22 tahun, Imam Bukhari menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci bersama-sama dengan ibu dan kakaknya yang bernama Ahmad. Di sanalah beliau menulis kitab "At-Tarikh" (sejarah) yang terkenal itu. Beliau pernah berkata, "Saya menulis buku "At-Tarikh" di atas makam Nabi Muhammad SAW di waktu malam bulan purnama".

Karya Imam Bukhari lainnya antara lain adalah kitab Al-Jami' ash Shahih, Al-Adab al Mufrad, At Tharikh as Shaghir, At Tarikh Al Awsat, At Tarikh al Kabir, At Tafsir Al Kabir, Al Musnad al Kabir, Kitab al 'Ilal, Raf'ul Yadain fis Salah, Birrul Walidain, Kitab Ad Du'afa, Asami As Sahabah dan Al Hibah. Diantara semua karyanya tersebut, yang paling monumental adalah kitab Al-Jami' as-Shahih yang lebih dikenal dengan nama Shahih Bukhari.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, Imam Bukhari berkata: "Aku bermimpi melihat Rasulullah saw., seolah-olah aku berdiri di hadapannya, sambil memegang kipas yang kupergunakan untuk menjaganya. Kemudian aku tanyakan mimpi itu kepada sebagian ahli ta'bir, ia menjelaskan bahwa aku akan menghancurkan dan mengikis habis kebohongan dari hadits-hadits Rasulullah saw. Mimpi inilah, antara lain, yang mendorongku untuk melahirkan kitab Al-Jami' As-Sahih."


Dalam menghimpun hadits-hadits shahih dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaidah-kaidah penelitian secara ilmiah dan sah yang menyebabkan keshahihan hadits-haditsnya dapat dipertanggungjawabkan. Ia berusaha dengan sungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta memperoleh secara pasti kesahihan hadits-hadits yang diriwayatkannya.


Imam Bukhari senantiasa membandingkan hadits-hadits yang diriwayatkan, satu dengan lainnya, menyaringnya dan memilih mana yang menurutnya paling shahih. Sehingga kitabnya merupakan batu uji dan penyaring bagi hadits-hadits tersebut. Hal ini tercermin dari perkataannya: "Aku susun kitab Al Jami' ini yang dipilih dari 600.000 hadits selama 16 tahun."

Banyak para ahli hadits yang berguru kepadanya, diantaranya adalah Syekh Abu Zahrah, Abu Hatim Tirmidzi, Muhammad Ibn Nasr dan Imam Muslim bin Al Hajjaj (pengarang kitab Shahih Muslim). Imam Muslim  menceritakan : "Ketika Muhammad bin Ismail (Imam Bukhari) datang ke Naisabur, aku tidak pernah melihat seorang kepala daerah, para ulama dan penduduk Naisabur yang memberikan sambutan seperti apa yang mereka berikan kepadanya." Mereka menyambut kedatangannya dari luar kota sejauh dua atau tiga marhalah (100 km), sampai-sampai Muhammad bin Yahya Az Zihli (guru Imam Bukhari) berkata : "Barang siapa hendak menyambut kedatangan Muhammad bin Ismail besok pagi, lakukanlah, sebab aku sendiri akan ikut menyambutnya."


Penelitian Hadits

Untuk mengumpulkan dan menyeleksi hadits shahih, Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk mengunjungi berbagai kota guna menemui para perawi hadits, mengumpulkan dan menyeleksi haditsnya. Diantara kota-kota yang disinggahinya antara lain Bashrah, Mesir, Hijaz (Mekkah, Madinah), Kufah, Baghdad sampai ke Asia Barat. Di Baghdad, Bukhari sering bertemu dan berdiskusi dengan ulama besar Imam Ahmad bin Hanbali. Dari sejumlah kota-kota itu, ia bertemu dengan 80.000 perawi. Dari merekalah beliau mengumpulkan dan menghafal satu juta hadits.


Namun tidak semua hadits yang ia hapal kemudian diriwayatkan, melainkan terlebih dahulu diseleksi dengan seleksi yang sangat ketat, diantaranya apakah sanad (riwayat) dari hadits tersebut bersambung dan apakah perawi (periwayat / pembawa) hadits itu terpercaya dan tsiqqah (kuat). Menurut Ibnu Hajar Al Asqalani, akhirnya Bukhari menuliskan sebanyak 9082 hadis dalam karya monumentalnya Al Jami' as-Shahih yang dikenal sebagai Shahih Bukhari.


Dalam meneliti dan menyeleksi hadits dan diskusi dengan para perawi tersebut, Imam Bukhari sangat sopan. Kritik-kritik yang ia lontarkan kepada para perawi juga cukup halus namun tajam. Kepada para perawi yang sudah jelas kebohongannya ia berkata, "perlu dipertimbangkan, para ulama meninggalkannya atau para ulama berdiam dari hal itu" sementara kepada para perawi yang haditsnya tidak jelas ia menyatakan "Haditsnya diingkari". Bahkan banyak meninggalkan perawi yang diragukan kejujurannya. Beliau berkata "Saya meninggalkan 10.000 hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang perlu dipertimbangkan dan meninggalkan hadits-hadits dengan jumlah yang sama atau lebih, yang diriwayatan oleh perawi yang dalam pandanganku perlu dipertimbangkan".


Banyak para ulama atau perawi yang ditemui sehingga Bukhari banyak mencatat jati diri dan sikap mereka secara teliti dan akurat. Untuk mendapatkan keterangan yang lengkap mengenai sebuah hadits, mencek keakuratan sebuah hadits ia berkali-kali mendatangi ulama atau perawi meskipun berada di kota-kota atau negeri yang jauh seperti Baghdad, Kufah, Mesir, Syam, Hijaz seperti yang dikatakan beliau "Saya telah mengunjungi Syam, Mesir dan Jazirah masing-masing dua kali, ke Basrah empat kali menetap di Hijaz selama enam tahun dan tidak dapat dihitung berapa kali saya mengunjungi Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama-ulama ahli hadits."


Disela-sela kesibukannya sebagai sebagai ulama, pakar hadits, ia juga dikenal sebagai ulama dan ahli fiqih, bahkan tidak lupa dengan kegiatan kegiatan olahraga dan rekreatif seperti belajar memanah sampai mahir, bahkan menurut suatu riwayat, Imam Bukhari tidak pernah luput memanah kecuali dua kali.


Metode Imam Bukhari dalam Menulis Kitab Hadits

Sebagai intelektual muslim yang berdisiplin tinggi, Imam Bukhari dikenal sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadits, tapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fikih, dan tarikh. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat sehingga ia menduduki derajat sebagai mujtahid mustaqil (ulama yang ijtihadnya independen), tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai otoritas tersendiri dalam berpendapat dalam hal hukum.


Pendapat-pendapatnya terkadang sejalan dengan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi, pendiri mazhab Hanafi), tetapi terkadang bisa berbeda dengan beliau. Sebagai pemikir bebas yang menguasai ribuan hadits shahih, suatu saat beliau bisa sejalan dengan Ibnu Abbas, Atha ataupun Mujahid dan bisa juga berbeda pendapat dengan mereka.


Diantara puluhan kitabnya, yang paling masyhur ialah kumpulan hadits shahih yang berjudul Al-Jami' as-Shahih, yang belakangan lebih populer dengan sebutan Shahih Bukhari. Ada kisah unik tentang penyusunan kitab ini. Suatu malam Imam Bukhari bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw., seolah-olah Nabi Muhammad saw. berdiri dihadapannya. Imam Bukhari lalu menanyakan makna mimpi itu kepada ahli mimpi. Jawabannya adalah beliau (Imam Bukhari) akan menghancurkan dan mengikis habis kebohongan yang disertakan orang dalam sejumlah hadits Rasulullah saw. Mimpi inilah, antara lain yang mendorong beliau untuk menulis kitab "Al-Jami 'as-Shahih".


Dalam menyusun kitab tersebut, Imam Bukhari sangat berhati-hati. Menurut Al-Firbari, salah seorang muridnya, ia mendengar Imam Bukhari berkata. "Saya susun kitab Al-Jami' as-Shahih ini di Masjidil Haram, Mekkah dan saya tidak mencantumkan sebuah hadits pun kecuali sesudah shalat istikharah dua rakaat memohon pertolongan kepada Allah, dan sesudah meyakini betul bahwa hadits itu benar-benar shahih". Di Masjidil Haram-lah ia menyusun dasar pemikiran dan bab-babnya secara sistematis.


Setelah itu ia menulis mukaddimah dan pokok pokok bahasannya di Rawdah Al-Jannah, sebuah tempat antara makam Rasulullah dan mimbar di Masjid Nabawi di Madinah. Barulah setelah itu ia mengumpulkan sejumlah hadits dan menempatkannya dalam bab-bab yang sesuai. Proses penyusunan kitab ini dilakukan di dua kota suci tersebut dengan cermat dan tekun selama 16 tahun. Ia menggunakan kaidah penelitian secara ilmiah dan cukup modern sehingga hadits haditsnya dapat dipertanggung-jawabkan.


Dengan bersungguh-sungguh ia meneliti dan menyelidiki kredibilitas para perawi sehingga benar-benar memperoleh kepastian akan keshahihan hadits yang diriwayatkan. Ia juga selalu membandingkan hadits satu dengan yang lainnya, memilih dan menyaring, mana yang menurut pertimbangannya secara nalar paling shahih. Dengan demikian, kitab hadits susunan Imam Bukhari benar-benar menjadi batu uji dan penyaring bagi sejumlah hadits lainnya. "Saya tidak memuat sebuah hadits pun dalam kitab ini kecuali hadits-hadits shahih", katanya suatu saat.


Di belakang hari, para ulama hadits menyatakan, dalam menyusun kitab Al-Jami' as-Shahih, Imam Bukhari selalu berpegang teguh pada tingkat keshahihan paling tinggi dan tidak akan turun dari tingkat tersebut, kecuali terhadap beberapa hadits yang bukan merupakan materi pokok dari sebuah bab.


Menurut Ibnu Shalah, dalam kitab Muqaddimah, kitab Shahih Bukhari itu memuat 7275 hadits. Selain itu ada hadits-hadits yang dimuat secara berulang, dan ada 4000 hadits yang dimuat secara utuh tanpa pengulangan. Penghitungan itu juga dilakukan oleh Syekh Muhyiddin An Nawawi dalam kitab At-Taqrib. Dalam hal itu, Ibnu Hajar Al-Atsqalani dalam kata pendahuluannya untuk kitab Fathul Bari (yakni syarah atau penjelasan atas kitab Shahih Bukhari) menulis, semua hadits shahih yang dimuat dalam Shahih Bukhari (setelah dikurangi dengan hadits yang dimuat secara berulang) sebanyak 2.602 buah. Sedangkan hadits yang mu'allaq (ada kaitan satu dengan yang lain, bersambung) namun marfu (diragukan) ada 159 buah. Adapun jumlah semua hadits shahih termasuk yang dimuat berulang sebanyak 7397 buah. Perhitungan berbeda diantara para ahli hadits tersebut dalam mengomentari kitab Shahih Bukhari semata-mata karena perbedaan pandangan mereka dalam ilmu hadits.


Terjadinya Fitnah

Muhammad bin Yahya Az-Zihli berpesan kepada para penduduk agar menghadiri dan mengikuti pengajian yang diberikannya. Ia berkata: "Pergilah kalian kepada orang alim dan saleh itu, ikuti dan dengarkan pengajiannya." Namun tak lama kemudian ia mendapat fitnah dari orang-orang yang dengki. Mereka menuduh sang Imam sebagai orang yang berpendapat bahwa "Al-Qur'an adalah makhluk".


Hal inilah yang menimbulkan kebencian dan kemarahan gurunya, Az-Zihli kepadanya. Kata Az-Zihli : "Barang siapa berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur'an adalah makhluk, maka ia adalah ahli bid'ah. Ia tidak boleh diajak bicara dan majelisnya tidak boleh didatangi. Dan barang siapa masih mengunjungi majelisnya, curigailah dia." Setelah adanya ultimatum tersebut, orang-orang mulai menjauhinya.


Sebenarnya, Imam Bukhari terlepas dari fitnah yang dituduhkan kepadanya itu. Diceritakan, seseorang berdiri dan mengajukan pertanyaan kepadanya: "Bagaimana pendapat Anda tentang lafadz-lafadz Al-Qur'an, makhluk ataukah bukan?" Bukhari berpaling dari orang itu dan tidak mau menjawab kendati pertanyaan itu diajukan sampai tiga kali.


Tetapi orang itu terus mendesak. Ia pun menjawab: "Al-Qur'an adalah kalam Allah, bukan makhluk, sedangkan perbuatan manusia adalah makhluk dan fitnah merupakan bid'ah." Pendapat yang dikemukakan Imam Bukhari ini, yakni dengan membedakan antara yang dibaca dengan bacaan, adalah pendapat yang menjadi pegangan para ulama ahli tahqiq (pengambil kebijakan) dan ulama salaf. Tetapi dengki dan iri adalah buta dan tuli. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Bukhari pernah berkata : "Iman adalah perkataan dan perbuatan, bisa bertambah dan bisa berkurang. Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Sahabat Rasulullah SAW, yang paling utama adalah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali. Dengan berpegang pada keimanan inilah aku hidup, aku mati dan dibangkitkan di akhirat kelak, insya Allah." Di lain kesempatan, ia berkata: "Barang siapa menuduhku berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur'an adalah makhluk, ia adalah pendusta."


Wafatnya Imam Bukhari

Suatu ketika penduduk Samarkand mengirim surat kepada Imam Bukhari. Isinya, meminta dirinya agar menetap di negeri itu (Samarkand). Ia pun pergi memenuhi permohonan mereka. Ketika perjalanannya sampai di Khartand, sebuah desa kecil terletak dua farsakh (sekitar 10 Km) sebelum Samarkand, ia singgah terlebih dahulu untuk mengunjungi beberapa familinya. Namun disana beliau jatuh sakit selama beberapa hari. Dan Akhirnya meninggal pada tanggal 31 Agustus 870 M (256 H) pada malam Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimakamkan selepas Shalat Dzuhur pada Hari Raya Idul Fitri. Sebelum meninggal dunia, ia berpesan bahwa jika meninggal nanti jenazahnya agar dikafani tiga helai kain, tanpa baju dalam dan tidak memakai sorban. Pesan itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat. Beliau meninggal tanpa meninggalkan seorang anakpun.

Repost from puteraunggal.blogspot.com

Isnin, 3 Disember 2012

Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati


Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam.

Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.


Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.
Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.
Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.


Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.
selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.


Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.
Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.


Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.


Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.
Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.


Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.


Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.
Perbincangan , penelitian yang hadir  serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara  seseorang itu memohon istikhrah dari Allah.
Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.


Isi Terpenting Istikharah

Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?
Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.


Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.
Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)


Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah)

Bila Mahu Dilakukan?

Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Mengapa Solat?

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.

Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.

Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.
Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.

Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.

Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

http://umaralfateh.wordpress.com/2009/07/08/solat-istikharah-membuka-ketenangan-dan-kedamaian-hati/