.

Ahad, 30 September 2012

Cuma Suatu Coretan


Kadang kala kita agak keliru tentang apa sebenar nya yang kita kehendaki di alam fana ini.


Kita tercari cari,
ternanti nanti,
tak keruan entah kenapa,
dan pelbagai lagi fenomena yang kita sendiri tidak mengerti apa punca sebenar nya?

Saban hari kita di sogok oleh peristiwa peristiwa ,
di bentak oleh ragam manusia dan dinafikan alam sejagat,
namun perasaan tercari cari semakin menebal dan igauan semakin membusut...

Terfikir juga sampai mana ,
dan sampai bila kecelaruan minda ini dapat diredakan?
Adakah kecelaruan minda ini diakhirkan dengan kematian?
Adakah kematian itu satu leraian bagi suatu siksaan?



Allahhuakbar!!
kedengaran azan bergema di corong pembesar suara.
Itu lah jawapan bagi persoalan ini.



 Kembalilah ke jalan nya.


 Dalam kehidupan yang sesingkat ini,
 berbaloi kah masa kita yang tinggal sisa sisa ini?
 cuma dihabiskan dengan kegembiraan yang pura pura belaka?
 Kehidupan dan kegembiraan yang hakiki sering kita abaikan...

 Jangan lah kekesalan hanya timbul bila nyawa sudah di halkum.
 Tatkala itu tertutup sudah pintu rahmat dan pintu taubat.
 Jangan lah kekesalan timbul dialam barzah.
 Diwaktu balasan setimpal dengan amalan.

 Biarlah kekesalan dilahir dan dizahirkan tanpa menanti waktu.
 Sesungguhnya waktu tidak menanti kita 
 tetapi kita lah yang sepatutnya mengejar waktu.


Fikir fikirkan lah , Renung renungkan lah sahabatku sekalian apa yang kita inginkan sebenarnya...

Sabtu, 29 September 2012

Tugas Siapa Sebenarnya?




Siapa pendakwah?



Ustaz?

Ustazah?

Imam?

Tok bilal?


Bila disebut tentang tugas dakwah kebanyakan dari kita akan lebih senang menyerahkan kepada golongan 'ustaz-ustaz' sahaja. 

Mereka ini beranggapan tanggungjawab dakwah ini bukan tanggungjawab semua orang tetapi hanya tugas 'ustaz-ustaz' sahaja.

Sebenarnya itu merupakan tanggapan yang salah oleh sebahagian dari masyarakat sekarang.


 Tugas dakwah ini merupakan tugas semua manusia yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. 


Tidak kiralah anda ustaz, imam, arkitek, doktor, pemandu lori, akauntan, penoreh getah atau yang berjawatan perdana menteri sekalipun, tugas berdakwah adalah wajib untuk anda!



Antara sebab ramai yang salah anggap mengenai dakwah ini mungkin kerana kecilnya ruang lingkup dakwah yang dapat dilihat oleh mereka.

Dakwah bukan hanya berceramah di dalam masjid-masjid dan surau-surau tetapi setiap aspek kehidupan kita boleh digunakan sebaiknya sebagai method dakwah kita. 

Cuma terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakan sebaiknya peluang yang ada di hadapan kita ini sebagai salah satu jalan dakwah yang berkesan.


Contohnya, andai bakat kita lebih ke arah nyanyian maka itu adalah satu jalan yang baik untuk kita. Alangkah bagusnya jika suara yang sedap dan nyanyian yang menarik itu dapat digunakan sebaiknya untuk menarik manusia kembali kepada Allah.

 Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan bekalan kita untuk berhadapan dengan mahkamah Allah di mahsyar kelak, insyaAllah.



Saya ada menonton beberapa vlog yang menarik oleh anak-anak muda Malaysia yang beragama Islam dan ia menjadi satu cabang dakwah yang cukup baik untuk mereka di dalam Youtube. Tak perlu membuat vlog yang dilabel 'skema' oleh sebahagian dari kita, mereka berdakwah dengan cara mereka yang tersendiri. 


Bayangkan apabila Youtube menjadi medan dakwah, berjuta-juta manusia yang dapat manfaat darinya.



Itu cara mereka, bagaimana dengan kita?



Di manakah sudut dalam kehidupan kita yang sudah kita gunakan untuk dakwah?



Mari kita bersama-sama melakukan usaha dakwah untuk mengajak manusia kembali kepada Allah s.w.t dan dalam masa yang sama marilah kita ubah diri kita supaya berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari.

sedarlah! Hari Ini Masalah Umat Semakin Meruncing! Maka, Jadilah sebagai Pembantu Penyelesai Masalah Umat!


Semoga Allah merahmati usaha kita ini. Ingat, dakwah kerja kita!

Musafir Ilmu -Putera Mu`izz-


Aku Yang Berdosa -Putera Mu`izz-


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah,

lalu kita kutuk.Hina, caci.

Kita lemparkan kata - kata kesat padanya 

dan kemudian,

kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.


Kita kejidari rupa paras fizikalnya, 
sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. 

Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.


(sedihku tengok)


Dan sekarang,

semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.


Sampai suatu hari,

manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. 

Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. 

Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. 

Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.




Apa yang tak selesai.



Dosa kita dengan dia,

 yang selama ini kita maki caci, keji. 
Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.



'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"



Habis.



Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia.

 Tapi kita akan tetap terus berdosa dengan manusia itu.


Ada terfikir?

Maka Bantulah manusia itu Menuju Redha Ilahi!

Khamis, 27 September 2012

NIKAH DI USIA MUDA ITU LEBIH BAIK



Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.

Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.


Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.


Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?

Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?

Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?


Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.


Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.

SOLUSINYA, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.


Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang"attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:


"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)


Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.


Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.


Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!


Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:


1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle"
Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.


Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.


sAYA langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.


Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.


Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.


Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga.

 TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

Musafir Ilmu -Putera Mu`izz-

Rabu, 26 September 2012

Bingkisan Hati Buat Pencinta Ilmu -Putera Mu`izz-


Hari Ini aku melihat insan itu,
Dalam samar-samar dia kelihatan,
Dalam riak wajah ada pancaran dakwah,
Dalam setiap tutur bicara ada gema tarbiah,
Dalam gerak langkah ada semangat mujahid...mujahidah...


Wahai Para Mujahid Dan Mujahidah...
Ayuh, hari ini kita mula bertapak,
bertapaknya kita mencapai 1001 Matlamat...


Ayuh...
kita lupakan seketika wajah yang layu,
kita tinggalkan sementara bicara pilu,
kita kuburkan selamanya langkah yang lesu...

Wahai tentera Allah,
Mari kita BANGKIT MENJULANG PERJUANGAN!
Perjuangan yang tidak pernah ada tamatnya...
Semoga Mahligai Di Akhirat kelak terus terbina...
ALLAHU AKBAR!!! 

sememangnya Insan Yang membawa "TITLE" Islam sangat besar amanahnya...
Seringkali diuji dan dibolak balikkan hatinya...
Seringkali diragu-ragukan hatinya....

Maka pintalah pada Allah agar ditetapkan hati kita....
Agar segala mehnah dan tribulasi mampu kita hadapi...

Sekali berjuang, Selamanya berjuang...!!! 


************************************************************
SALAM MUJAHADAH buat semua terutamanya kepada warga Musafir Ilmu Di BUmi Syam dan Bumi Tarbiyah iaitu Jordan khususnya warga Melayu yang berada di kawasan Irbid.

Semoga puisi coretan hati ini membakar lagi semangat para penuntut ilmu...

Salam Mujahadah dari penulis, Musafir Ilmu -Putera Mu`izz-


Mujahid Irbid Intake September 2012

Mujahidah Irbid Intake September 2012


Selasa, 25 September 2012

Cebisan Ungkapan Buat Bonda Dan Ayahnda Tercinta -Putera Mu`izz-


Terdetik dihati ini,
untuk berkongsi sesuatu dengan semua sahabatku,
hadirnya mereka dalam hidupku,
bagaikan lagu yang mengiringi jogetku.


Mudah mudahan ada sejalur keinsafan untuk kalian dan juga diriku.
Pengalaman sememangnya mengajar kita erti kematangan dalam hidup.
seringkali kita mendengar orang tua-tua berpesan,
katanya hidup ni macam roda,
sekelip mata saja kita akan merasa berada di pusingan yang atas jika sebelumnya kita dibawah ,
dan begitu juga yang diatas,
sekelip mata saja akan berada dibawah jika sebelumnya selesa diatas.


Tertanya aku dalam hati ini,
sudahkah aku menjadi seorang anak yang baik dan soleh?
sudahkah aku berbakti pada Dua orang tuaku?
sudahkah aku gembirakan hati mereka?
dan sudahkah aku membina Mahligai Di Akhirat kelak?


Anak kecil pasti kan dewasa.
yang dewasa akan tua.
Dan kita takkan mampu menongkat dunia selamanya.
sampai masanya matilah kita akhirnya.


Hari ini,
masih bermain difikiranku satu perkara,
Apakah aku sudah menjadi anak yang baik dan soleh?
Andai ditelusuri dalam-dalam,
betapa banyaknya kesalahanku kepada kedua orang tuaku..


Namun betapa Allah Maha Penyayang..
mengajar aku erti rasa bersalah, 
dan hari ini,
sekali lagi aku belajar,
betapa bernilainya kasih kepada ibu bapa
walaupun hanya pada perkara yang remeh... 

*********************************************************

Tinta ini tidak lain tidak bukan hanyalah buat Ayahndaku (Mahayudin Bin Ahmad) dan Bondaku (Tunku Zarita Binti Tunku Mohd. Mokhtar) ... 


Ahad, 23 September 2012

Ada Apa Dengan Nama Dari Sudut Pandangan Islam


Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Urgensi Pemberian Nama Terbaik

Nama dalam bahasa Arab disebut dengan isim. Makna isim bisa jadi adalah alamat (tanda). Isim juga bisa bermakna as samuu (sesuatu yang tinggi). Sehingga isim (nama) adalah tanda yang tertinggi (mencolok) pada seseorang.

Dengan nama inilah akan membezakan seseorang dan lainnya. Di antara maksud inilah para ulama bersepakat (berijma) tentang wajibnya pemberian nama pada laki-laki dan perempuan.
[1] Sehingga tidak boleh seseorang pun di muka bumi ini yang tidak memiliki nama. Karena jika tidak punya nama, bagaimana bisa membezakannya dari manusia lainnya.

Karena pentingnya seseorang memiliki nama, sampai-sampai para pakar hadis ketika menemukan hadis terdapat seorang perowi yang mubham (tidak dikenal namanya), mereka pun mendhoifkan hadis tersebut sampai diketahui jelas siapa nama perowi tersebut.

Di antara urgensi pemberian nama terbaik disebabkan nama dapat membawa pengaruh pada orang yang diberi nama. Oleh karena itu, orang Arab mengatakan,

لِكُلِّ مُسَمَّى مِنْ اِسْمِهِ نَصِيْبٌ

"Setiap orang akan mendapatkan pengaruh dari nama yang diberikan padanya."

Ini menunjukkan bahwa jika nama yang diberikan adalah nama yang terbaik, maka atsarnya (pengaruhnya) pun baik. Oleh karenanya, Nabi shallallahu alaihi wa sallam menyatakan bahwa nama yang terbaik adalah Abdullah karena nama tersebut menunjukkan penghambaan murni pada Allah. Begitu pula, dalam beberapa hadits Nabi shallallahu alaihi wa sallam melarang memberi nama dengan nama yang buruk seperti Ashiyah (wanita yang bermaksiat, dengan huruf ain dan shod), Hazn (sedih) dan Zahm (sempit).

Intinya, nama begitu pengaruh dalam diri orang yang diberi nama. Coba bayangkan bagaimana jika seorang anak diberi nama dengan Hazn (sedih), pasti ia akan jadi orang yang terus-terusan bersedih karena mengingat namanya tersebut. Itulah urgensi penting dalam pemberian nama bagi si buah hati.

Pengaruh lainnya lagi, dari nama terbaik, seseorang dapat mengetahui bagaimanakah orang tuanya. Orang tuanya dapat diketahui dari nama anaknya, apakah ortunya itu sholih atau tholih (lawan dari sholih). Sebagaimana orang arab pun mengatakan,

مِنْ اِسْمِكَ أَعْرِفُ أَبَاكَ

"Dari namamu, aku bisa mengetahui bagaimanakah ayahmu."

Dari nama yang baik pula, seseorang bisa menyebarkan kebaikan. Lihatlah bagaimana jika seseorang diberi nama "Musa". Dari nama ini, setiap orang yang mendengar nama tersebut bisa mengingat bagaimanakah sifat dan akhlaq mulia dari Nabi Musa alaihis salam. Oleh karena itu, pemberian nama yang baik di sini termasuk menyebar sunnah hasanah di tengah-tengah umat. Maksud kami ini sebagaimana disebutkan dalam hadits,

مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا

"Barangsiapa yang memulai mengerjakan perbuatan baik dalam Islam, maka dia akan memperoleh pahalanya dan pahala orang yang mencontoh perbuatan itu." (HR. Muslim no. 1017)[2]

Inilah di antara urgensi memberi nama yang baik.

Waktu Terbaik dalam Pemberian Nama

Mengenai waktu terbaik dalam pemberian nama dapat kita lihat dalam hadits-hadits berikut.

Dari Anas bin Malik, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

وُلِدَ لِىَ اللَّيْلَةَ غُلاَمٌ فَسَمَّيْتُهُ بِاسْمِ أَبِى إِبْرَاهِيمَ

"Semalam telah lahir anakku dan kuberi nama seperti ayahku yaitu Ibrahim." (HR. Muslim no. 2315)

Dari Abu Musa, ia mengatakan,

وُلِدَ لِى غُلاَمٌ ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ ، وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ ، وَدَفَعَهُ إِلَىَّ ، وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِى مُوسَى .

"Anak laki-lakiku lahir, kemudian aku membawanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau lalu memberinya nama Ibrahim, beliau menyuapinya dengan kunyahan kurma dan mendoakannya dengan keberkahan, setelah itu menyerahkannya kepadaku." Ibrahim adalah anak tertua Abu Musa." (HR. Bukhari no. 5467, 6198 dan Muslim no. 2145)

Dari Samurah bin Jundub bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

"Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah nol. 3165, Ahmad 5/12. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Dari hadits Abu Musa di atas, Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, "Hadits ini menunjukkan bahwa Abu Musa bersegera membawa bayinya yang baru lahir kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam, lalu ditahnik setelah diberi nama sebelumnya. Dalil ini menunjukkan bahwa bersegera dalam pemberian nama pada si buah hati itu lebih baik, dan tidak mesti menunggu pemberian nama pada hari ketujuh."[3]

Al Baihaqi mengatakan, "Hadits yang membicarakan pemberian nama pada si buah hati di hari kelahiran lebih shahih daripada hadits yang menunjukkan pemberian nama pada hari ketujuh."[4]

Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah dalam kitabnya Tasmiyatul Mawlud mengatakan, "Terdapat dalam sunnah Nabi shalllallahu alaihi wa sallam bahwa pemberian nama itu ada tiga waktu:

Di hari kelahiran,
Sampai hari ketiga dari hari kelahiran,
Di hari ketujuh dari kelahiran,
Perbedaan ini adalah perbedaan variatif dan dalam hal ini ada kelonggaran untuk memilih salah satunya."[5]

Apa yang disebutkan oleh Syaikh Bakr Abu Zaid sama halnya dengan yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah dalam kitabnya Tuhfatul Mawdud[6]. Namun sebagaimana kata Ibnu Hajar di atas, dalam pemberian nama lebih cepat itu lebih baik yaitu lebih bagus memberi nama pada hari pertama. Wallahu alam.

Pemberian Nama dan Nasab Menjadi Hak Ayah (Bukan Ibu)

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,"Mengenai pemberian nama menjadi hak ayah itu tidak ada perselisihan di antara para ulama. Hadits-hadits sebelumnya (yang membicarakan tentang pemberian nama, pen) juga menunjukkan akan hal ini. "

Beliau rahimahullah juga mengatakan, "Sebagaimana tidak ada perselisihan bahwa ayah yang berhak memberi nama, maka tidak ada perselisihan pula mengenai masalah anak dipanggil dengan nama ayahnya bukan dengan nama ibunya. Sehingga anak tersebut dipanggil dengan fulan bin fulan (dan bukan fulan bin fulanah, pen). Di antara dalil yang menunjukkan hal ini, firman Allah Taala,

ادْعُوهُمْ لِآَبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ

"Panggilah mereka dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka." (QS. Al Ahzab: 5). Anak hanyalah mengikuti ibunya dalam masalah merdeka atau budak. Sedangkan ia tetap mengikuti ayahnya dalam nasab dan dalam pemberian nama." [7]

Dalil lain yang dapat kita lihat adalah hadits dari Ibnu Umar, dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا جَمَعَ اللَّهُ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ فَقِيلَ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ

"Apabila Allah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terakhir kelak di hari Kiamat, maka akan dikibarkan bendera bagi setiap pengkhianat, lalu dikatakan, 'Ini adalah bendera si fulan bin fulan'." (HR. Muslim no. 1735). Hadits ini menunjukkan bahwa seseorang akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama bapak mereka (fulan bin fulan), bukan nama ibu mereka (fulan bin fulanah).

Urutan Nama Terbaik Bagi Si Buah Hati[8]

Urutan pertama: Nama Abdullah dan Abdurrahman

Dalam ktab Al Adzkar, Imam An Nawawi Asy Syafii rahimahullah menyebutkan Bab "Penjelasan nama yang paling dicintai oleh Allah". Lantas beliau bawakan dua hadits berikut ini.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

"Sesungguhnya nama kalian yang paling dicintai di sisi Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman."(HR. Muslim no. 2132)

Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata,

وُلِدَ لِرَجُلٍ مِنَّا غُلاَمٌ فَسَمَّاهُ الْقَاسِمَ فَقُلْنَا لاَ نَكْنِيكَ أَبَا الْقَاسِمِ وَلاَ كَرَامَةَ . فَأَخْبَرَ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ « سَمِّ ابْنَكَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ »

"Seorang laki-laki di antara kami ada yang memiliki anak, kemudian dia memberi nama "Al Qasim". Maka kami berkata, "Kami tidak akan menjuluki kamu dengan Abu Al Qasim dan kami tidak akan memuliakannya. Lalu orang tersebut memberitahukan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka beliau bersabda, "Berilah anakmu nama Abdurrahman." (HR. Bukhari no. 6186)

Kedua nama ini memiliki keunggulan dari segi:

Pertama: Nama ini mengandung sifat penghambaan yang khusus antara hamba dan Allah dibanding dengan nama-nama (yang bersandar pada asmaul husna) lainnya. Karena nama Abdullah mengandung sifat ubudiyah (penghambaan dalam ibadah) dan ini hanya ada kaitannya antara Allah dan hamba. Begitu pula nama Abdurrahman mengandung sifat ubudiyah (penghambaan) karena sifat Ar Rahman adalah sifat rahmat yang khusus antara hamba dan Allah.[9]

Kedua: Nama berupa penghambaan yang terdapat dalam kedua nama tersebut dikhususkan dalam Al Quran dari nama-nama terbaik lainnya. Semisal dapat ayat-ayat berikut,

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا

"Dan bahwasanya tatkala Abdullah (yaitu hamba Allah, Muhammad) berdiri menyembah-Nya (mengerjakan ibadat), hampir saja jin-jin itu desak mendesak mengerumuninya." (QS. Al Jin: 19)

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

"Dan Ibadurrahman (hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang) itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan." (QS. Al Furqon: 63)

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى

"Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik)" (QS. Al Isro: 110)

Ketiga: Nabi shallallahu alaihi wa sallam memberi nama pada anak pamannya (Al Abbas) dengan nama Abdullah.

Keempat: Sekitar 300 sahabat Nabi memiliki nama Abdullah.[10]

Urutan kedua: Nama bentuk penghambaan pada asmaul husna lainnya.

Seperti Abdul Aziz, Abdul Malik, Abdur Rozaq, Abdul Halim, dan Abdul Muhsin.[11]

Urutan ketiga: Nama para Nabi dan Rasul Allah

Seperti Adam, Nuh, Musa, Ibrahim, Isa dan Muhammad, yang intinya ada 25 nama Nabi yang disebutkan dalam Al Quran.

Dari Al Mughirah bin Syu'bah ia berkata, "Ketika aku mendatangi kota Najran, para penduduknya bertanya kepadaku: Sesungguhnya kalian membaca "Wahai saudara Harun". Padahal Musa hidup sebelum Isa berjarak beberapa tahun. Maka ketika aku datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, aku menanyakan hal itu kepada beliau, dan beliau pun menjawab,

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَمُّونَ بِأَنْبِيَائِهِمْ وَالصَّالِحِينَ قَبْلَهُمْ

"Dulu mereka memberi nama dengan nama-nama para Nabi mereka dan orang-orang shaleh dari kaum sebelum mereka." (HR. Muslim no. 2135)

Dalil lainnya adalah bolehnya memiliki nama seperti nama "Muhammad", nama Nabi kita. Bahkan nama inilah yang terbaik dari nama para Nabi alaihimus salam lainnya[12]. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

تَسَمَّوْا بِاسْمِى وَلاَ تَكَنَّوْا بِكُنْيَتِى

"Berilah nama dengan namaku (Muhammad) dan janganlah kalian berkunyah dengan kunyahku (Abul Qosim)". (HR. Bukhari no. 6187 dan Muslim no. 2134)

An Nawawi membawakan hadits-hadits di atas dalam Bab "Larangan berkunyah dengan Abul Qosim dan penjelasan mengenai nama-nama yang disunnahkan." Hal ini menunjukkan bahwa nama para Nabi dan Rasul adalah di antara nama terbaik yang bisa digunakan.

An Nawawi dalam Syarh Muslim menjelaskan, "Dari hadits ini sekelompok ulama berdalil bahwa bolehnya memberi nama dengan nama para Nabi alaihimus salaam, bahkan ini adalah ijma (kesepakatan) ulama. Kecuali Umar bin Khottob yang berpendapat agak sedikit berbeda dalam hal ini."[13]

Urutan keempat: Nama orang sholeh

Dalil hal ini sudah disebutkan sebelumnya dalam hadits Al Mughirah bin Syu'bah. Yang paling baik digunakan adalah nama para sahabat karena merekalah generasi terbaik dari umat ini. Seutama-utama dari mereka adalah para Khulafaur Rosyidin, yaitu Abdullah (Abu Bakr), Umar, Utsman, dan Ali.

Untuk anak perempuan bisa menggunakan nama istri-istri Nabi shallallahu alaihi wa sallam (Ummahatul Mukminin). Menurut pendapat yang kuat, istri yang dinikahi oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam ada 11[14] :

Khadijah binti Khuwailid;
Saudah binti Zumah;
Aisyah binti Abu Bakar Ash Shidiq;
Hafshoh binti Umar bin Al Khaththab;
Zainab binti Khuzaimah;
Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah;
Zainab binti Jahsy bin Rayyab;
Juwairiyyah binti Al Harits;
Ummu Habibah Romlah binti Abu Sufyan;
Shofiyah binti Huyai bin Akhthab;
Maimunah binti Al Harits.[15]
Sebagai contoh yang menggunakan nama sahabat adalah anak-anak Az Zubair bin Al Awam. Beliau menamakan sembilan anaknya dengan nama para sahabat yang mengikuti perang Badar. Anak-anaknya tersebut diberi nama:

Abdullah
Al Mundzir
Urwah
Hamzah
Jafar
Mushab
Ubaidah
Kholid
Umar[16]
Urutan kelima: Nama lainnya yang memenuhi syarat dan adab

Syarat dalam pemberian nama sebagai berikut:

Syarat Pertama: Menggunakan bahasa Arab.

Dari sini, menunjukkan terlarangnya menggunakan nama-nama bukan Arab seperti Joseph, Robert, Markus, Julia dan Diana.

Syarat Kedua: Memiliki susunan dan makna yang bagus.

Sehingga dari sini tidak boleh menggunakan nama makruh dan terlarang. Begitu juga terlarang menggunakan nama yang mengandung celaan dan mengandung tazkiyah (menetapkan kesucian dirinya). Oleh karena itu, nama semacam ini Nabi shallallahu alaihi wa sallam sampai merubahnya.

Ath Thobari rahimahullah mengatakan, "Tidak sepantasnya seseorang memakai nama dengan nama yang jelek maknanya atau menggunakan nama yang mengandung tazkiyah (menetapkan kesucian dirinya), dan tidak boleh pula dengan nama yang mengandung celaan. Seharusnya nama yang tepat adalah nama yang menunjukkan tanda bagi seseorang saja dan bukan dimaksudkan sebagai hakikat sifat. Akan tetapi, dihukumi makruh jika seseorang bernama dengan nama yang langsung menunjukkan sifat dari orang yang diberi nama. Oleh karena itu, Nabi shallallahu alaihi wa sallam pernah mengganti beberapa nama ke nama yang benar-benar menunjukkan sifat orang tersebut. Beliau melakukan semacam itu bukan maksud melarangnya, akan tetapi untuk maksud ikhtiyar (menunjukkan pilihan yang lebih baik)."[17]

Adab dalam pemberian nama yang sebisa mungkin dilakukan:

Pertama: Menggunakan nama sesuai urutan terbaik yang telah kami jelaskan di awal.

Kedua: Menggunakan nama yang terdiri dari huruf yang jumlahnya sedikit.

Ketiga: Menggunakan nama yang mudah diucapkan di lisan.

Keempat: Memudahkan orang yang mendengar untuk mengingatnya.

Kelima: Menggunakan nama yang sesuai dengan orang yang diberi nama dan tidak keluar dari kebiasaan yang dipakai dalam agamanya atau masyarakat sekitarnya.[18]

Dari penjelasan adab tambahan ini menunjukkan bahwa nama yang kurang bagus adalah nama yang terdiri dari banyak kata seperti: Andika Syarifudin Guntur Prasetyo, Linggar Simping Pembayun Retno Utami. Nama ini kurang disukai karena orang-orang akan beranggapan bahwa satu nama ini terdiri dari beberapa orang. Inilah sisi kurang bagusnya untuk nama-nama semisal itu.


Uwais Arian Bin Hanizam
Semoga pembahasan ini bermanfaat bagi siapa saja yang menanti buah hatinya. Semoga Allah beri keberkahan.


p\s : Ilham hadirnya penulisan mengenai post kali ini adalah kerana hadirnya rasa rindu di hati ini ke atas Uwais Arian bin Hanizam, sedaraku yang sangat akrab dengan penulis. Sungguh penulis sayangkannya kerana Allah. semoga Allah menjadikan Uwais yang kini berusia hampir 2 tahun menjadi penyejuk mata dan hati buat ibunya ( Puteri Nurul Atiqah Binti Mohd Arshad) dan bapanya (Hanizam) serta mampu membawa 1001 perubahan kepada ahli keluarganya... 

Matan Jurumiah - Download -



“Sesungguhnya Kami telah jadikan Al-Quran dalam bahasa Arab supaya kalian memikirkannya.” [QS. Yusuf: 2]

kemudian…


“Dan sesunggunhya Al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Pencipta Semesta Alam, dia dibawa turun oleh A-Ruh Al-Amin (jibril) ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.” [Asy-Syu’aro: 192-195]

semoga kedua dalil dari ayat suci al quran tersebut dapat memotivasi kita untuk lebih tekun lagi dalam belajar berbahasa arab, bahasa alquran dan sunnah serta bahasa kaum muslimin.


Dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah,“ Sungguh ketika Alloh menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rosul-Nya sebagai penyampai risalah (al-Kitab) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta menjadikan generasi awal agama ini berkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh karena itu memahami bahasa Arab merupakan bagian dari agama. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudah kaum muslimin memahami agama Alloh dan menegakkan syiar-syiar agama ini, serta memudahkan dalam mencontoh generasi awal dari kaum Muhajirin dan Anshor dalam keseluruhan perkara mereka.” (Dlm kitab Iqtidho Shirotil Mustaqim, hal. 162)



‘ala kulli hal, beberapa waktu yang lalu saya pernah diberi oleh teman saya sebuah kitab al jurumiyah yaitu sebuah kitab kecil yang sesuai untuk belajar bahasa arab khususnya nahwu & sharaf. Wallahua’lam berasal dari mana sumbernya, hanya sekedar ingin berbagi manfa’at dengan teman – teman yang lain, maka silakan mengambil kitab matan al jurumiyah di bawah ini…

Click Di Disini Untuk Download Matan Jurumiyah

Jumaat, 21 September 2012

Jika engkau seorang MURID maka beradablah kepada GURUmu dengan adab yang mulia


Berkata Imam Al-Ghazali:

“Jika engkau seorang MURID maka beradablah kepada GURUmu dengan adab yang mulia:

1. Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu

2. Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya

3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

7.Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.

8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.

9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.

10. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.

11. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Kahfi, ayat 71 yang maksudnya:

“Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar.”

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.

Demikian nasihat Imam al Ghazali tentang adab murid terhadap gurunya

Belajar : BAGAIMANA MENDAPATKAN KEBERKATAN DALAM ILMU?



BELAJAR : BAGAIMANA MENDAPATKAN KEBERKATAN?


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Teks asal : http://www.facebook.com/notes/abdul-raziq-al-mursyid/belajar-bagaimana-mendapatkan-keberkatan-dalam-menuntut-ilmu/10151057616426297

~ Taujihad Buat Mereka Musafir Ilmu ~



ana ada benda nak kongsi beberapa ungkapan ustaz dan ustazah yang sangat terkesan dalam hati ini pabila mendengar mereka ucapkan ungkapan tersebut waktu pencerahan qisim slot ke-3 dan ke-4 di Casa Intelek, Irbid, Jordan pada 17 September 2012...

Semoga Allah sentiasa lembutkan hati kita semua supaya menerima segala nasihat yang membina buat diri kita semua tanpa melihat siapa , pangkat, darjat , umur dan sebagainya...InsyaAllah, nie sedikit beberapa yang ana dapat kongsikan di sini, semoga kita dapat amik ibrah bersama. :

Ustazah Ashikin :".... tak kan la budak adab ( kuliyyah adab, takhasus lughotul `arabiah wa adababuha ) tak boleh cakap arab ? "

Ustaz Hatta :

" ... bahasa arab bukan susah tapi tidak mustahil untuk dapat markah tinggi. .. "" Kejar ilmu, bukan kejar markah. "

- Abdul Raziq Al-Mursyid -
puteramuizz

Isnin, 17 September 2012

Kembara Seorang Hamba Menuju Ilahi


“ aku sememangnya tidak layak untuknya”, itulah kata hatiku. Hatiku berbisik tiba-tiba.

Menyedari diriku yang hina, aku redha apa sahaja ketentuanNya. Walaupun hakikatnya pahit untuk ditelan.tetapi masakan siapa yang tahu bahawa kepahitan itu akan memberi kebahagiaan di akhirat sana.


AKU SEORANG LELAKI…


Dalam meniti jalan-jalan berduri di jalan Ilahi, kadang-kadang hati diusik dengan bisikan duniawi dan ukhrowi. Tiba  Saatnya pula iman diuji dengan kehadiran permaisuri di hati, hati mula bermain-main api. Ku sangat bimbang akan imanku yang sehalus kulit bawang. Apakah aku dapat pelihara hati ini dari terus dicemari?

Oh Tuhan…
Ku mohon perlidungan dari segala bisikan syaitan,
hatta bisikian nafsu pun aku tidak mahu,
kerana semua itu meresahkan imanku,
yang ku mahu adalah Tuhanku yang satu(Esa),


Sudah lama hatiku kesepian dari siraman iman,
kolam ilmuku yang kering tanpa keberkatan,
bicara hatiku tanpa fikir zikir mengingatiNya,
peribadi syakhsiahku tanpa mengikuti Baginda,


Ya Allah…
miskipun aku hamba yang hina,
hamba yang derhaka…
tetap yang ku sembah adalah Engkau,
Allah yang Maha Berkuasa !


Apapun gelora yang menimpa,
tidak ku mencari Tuhan selainMu,
apapun cubaan yang melanda,
Cuma ku pohon dariMu behtera ketabahan hatiku.


Di bulan yang mulia ini,
ku tadah tangan memohon seribu keampunan,
ku harapa dariMu secebis keredhaan dan kerahmatan,
ku dambakan sebuah kehidupan dariMu,
kehidupan ‘hidup berTuhan’ …
dalam mencari erti sebuah erti kehambaan,
dalam kembara mencari Tuhan…

Do Not Give Up , The Beginning Is Always The Hardest !!!
- ku menghayati bait-bait yang di karang oleh sahabatku, Ust. Akram Afifi -

Ahad, 16 September 2012

Pembuka Bicara


Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

Cuba lihat wajahmu di cermin,jika wajahmu indah maka janganlah kotori ia dengan sifat yang buruk. Jika wajahmu tidak seindah yang diimpikan maka janganlah lumuri ia deng
an dosa maksiat. Amal seorang hamba tercermin pada hati n wajahnya.

Untuk menghasilkan sebilah pedang, ianya bermula dgn meleburkan besi2 biasa yg kemudiannya dibentuk oleh tukang besi. Begitu jua manusia, hendaklah setiap org sanggup utk dilebur dan berusaha mencari tukang besi masing2 dan bersiap sedialah utk dibentuk.

Ya Allah Tanamkanlah Cinta kami Kepada-Mu , KekasihMu Habibi Rasulullah S.A.W. ...
Tetapkanlah Cinta Kami Ini Ya Allah....